[VIDEO] Helikopter Tentera Pakistan membawa pegawai kanan tentera, terhempas di Balochistan


[VIDEO] Helikopter Tentera Pakistan membawa pegawai kanan tentera, terhempas di Balochistan

Selanjutnya di: https://pakdin.my/160347/

Leftenan Jeneral Sarfraz Ali, komander Kor XII, dikatakan antara mereka yang menaiki helikopter itu yang membantu kerja-kerja bantuan banjir di kawasan itu. Operasi menyelamat sedang dijalankan.

Sebuah helikopter Tentera Pakistan — bersama pegawai kanan tentera, termasuk komander Kor XII mereka, Leftenan Jeneral Sarfraz Ali — terhempas dekat Lasbela, Balochistan, Isnin malam (1/8/2022).

Nahas dilaporkan berlaku antara Windar dan Kuil Sassi Punnu di Balochistan.

Tentera Pakistan berkata dalam satu kenyataan bahawa helikopter itu - yang membantu kerja-kerja bantuan banjir di kawasan itu - hilang selepas ia terputus hubungan dengan kawalan trafik udara.

Sumber di Pakistan memberitahu bahawa serpihan helikopter yang terhempas itu ditemui selepas misi mencari dan menyelamat dilancarkan, sebaik sahaja helikopter itu hilang dari radar.

Sumber berkata masih terlalu awal untuk mengetahui sebab nahas itu berlaku.

https://youtu.be/gCbEDhzP0Jo

Berita mengenai helikopter yang hilang itu mendorong Perdana Menteri (PM) Pakistan Shehbaz Sharif dan bekas PM Imran Khan merakamkan kesedihan mereka dan mendoakan mereka yang terlibat dimedia sosial.

Mereka terkorban didalam nahas helikopter tersebut adalah:

1. Lieutenant General Sarfraz Ali

2. Major General Amjad

3. Brigadier Khalid

4. Major Saeed (Pilot)

5. Major Talha (Co-Pilot)

6. Crew Chief Naik Mudassir





Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL