Posts

Showing posts from April, 2023

Bapa 'syaitan' yang membunuh isteri dan empat anak berumur dari satu hingga 10 tahun dijatuhi hukuman mati

Image
Bapa 'syaitan' yang membunuh isteri dan empat anak berumur dari satu hingga 10 tahun dijatuhi hukuman mati BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163752 Michael Wayne Jones Jr. mengaku membunuh isterinya dengan kayu besbol sebelum mencekik anak tirinya dan melemaskan dua anak kandungnya di Marion County, Florida Seorang bapa telah dijatuhi hukuman mati kerana memukul isterinya hingga mati dengan kayu besbol sebelum mencekik dua anak tirinya dan melemaskan dua anak perempuan kandungnya. Ini berlaku lima bulan selepas Michael Wayne Jones Jr. mengaku bersalah atas empat pertuduhan pembunuhan peringkat pertama dalam kematian kanak-kanak dan satu pertuduhan pembunuhan peringkat kedua dalam kematian isteri Casei Jones. Menurut dokumen mahkamah, pegawai pergi ke rumah keluarga itu pada September 2019 untuk menjalankan pemeriksaan kebajikan ke atas Casei dan anak-anak selepas ibu Casei, Nikki Jones mendapati ada sesuatu yang tidak kena. Nikki Jones berkata dia tidak mendengar khabar dar...

[VIDEO] Agong zahir sukacita, kesyukuran 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air

Image
Agong zahir sukacita, kesyukuran 30 rakyat Malaysia selamat tiba di tanah air BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163739 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sukacita dan syukur kerana 30 rakyat Malaysia diselamatkan dari Khartoum, ibu negara Sudan yang dilanda konflik, selamat tiba di tanah air semalam. Al-Sultan Abdullah menerusi akaun Facebook Istana Negara, turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya pasukan operasi dari Malaysia dan di Sudan diketuai Duta Besar Malaysia ke Sudan (Mohamad Razdan Jamil), atas usaha dan kejayaan membawa pulang rakyat dengan segera demi keselamatan mereka. Penghargaan juga diberikan kepada pemimpin dan Kerajaan Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) atas bantuan yang diberikan dalam operasi berkenaan. Selain itu, Al-Sultan Abdullah tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat dan masjid-masjid yang melakukan solat hajat dan doa selamat bagi kesel...

Semua pihak digesa henti komen 'YANG TIDAK SEPATUTNYA' berhubung isu pengampunan Najib - Zahid

Image
Semua pihak digesa henti komen 'YANG TIDAK SEPATUTNYA' berhubung isu pengampunan Najib - Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163728 Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Kita serahkan kuasa mutlak ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi ini adalah budi bicara baginda dan saya tidak mengalukan-alukan mana-mana pendapat daripada mana-mana pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bersahabat dengan kita yang memberikan komen YANG TIDAK SEPATUTNYA," katanya. Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut di sini. Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad hari ini yang merayu agar permohonan pengampunan b...

BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi selangkah muncul juara BAC

Image
BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi selangkah muncul juara BAC BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163718 DUBAI: Malaysia memastikan sekurang-kurangnya satu wakil di perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia esok apabila beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berjaya menyingkirkan pilihan keempat kejohanan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam aksi separuh akhir sebentar tadi (29 April 2023) Atas kertas, rekod perlawanan lalu tidak memihak kepada Ee Yi dan Yew Sin apabila tewas sebanyak tujuh kali daripada lapan pertemuan. Bagaimanapun aksi yang berlangsung di Dewan Sheikh Rashid bin Hamdan, Dubai menyaksikan mereka menampilkan semangat juang yang tinggi untuk mengejutkan pasangan Jepun itu dengan keputusan 21-16, 26-24 dalam tempoh 50 minit. Ee Yi dan Yew Sin terpaksa menanti perlawanan di antara Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India dengan Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan bagi mengetahui lawan mereka di final esok. Terdahulu, hasrat untuk melihat beregu camp...

#PNyamun : Ya, betul. duit dari kontraktor tak masuk akaun peribadi Muhyiddin,

Image
#PNyamun : Ya, betul. duit dari kontraktor tak masuk akaun peribadi Muhyiddin, tetapi …. 1. Duit RM6.9 juta dari kontraktor masuk akaun syarikat 100% milik Ketua Penerangan parti dia. 2. Duit cash RM13 juta dari kontraktor diberi pada kawan baik Midin dari Pagoh. Saksi dalam perbicaraan kes UKSB turut menamakan kawan baik ini sebagai penerima cash RM1.3 juta yang diberi oleh UKSB kepada Midin melalui kawan baik dia ketika Midin menjawat sebagai Menteri KDN. 3. Duit RM4.6 juta dari kontraktor masuk akaun syarikat 100% milik  dan akaun peribadi sepupu menantu Midin yang juga timbalan kedua bahagian Bersatu Segambut serta ahli jawatankuasa Yayasan Golf Midin. Perlu ingat bahawa ketiga-tiga individu di atas tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan yang boleh pengaruhi perlantikan kontraktor dalam skim Jana Wibawa. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/c9ROtIOK1JY Jadi kenapa pula kontraktor-kontraktor sanggup bayar berpuluh juta duit kepada ketiga-tiga orang ini? Midin. Siapa yang ad...

Berpotensi dorong kanser, Taiwan temui bahan karsinogenik dalam mi segera dari Malaysia

Image
Berpotensi dorong kanser, Taiwan temui bahan karsinogenik dalam mi segera dari Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163696 Dua jenis mi segera yang dibuat oleh jenama Asia Tenggara didapati mengandungi bahan yang mendorong kanser, kata Jabatan Kesihatan Taipei pada Isnin lalu, 24 April. Penemuan itu hasil pemeriksaan mi segera yang terdapat di Taipei, Taiwan untuk tahun 2023. Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, pihaknya mendapati satu kumpulan mi segera berjenama ‘Ah Lai White Curry Noodles’ dari Malaysia dan satu lagi kumpulan mi segera berjenama ‘Indomie: Special Chicken Flavour’ buatan Indonesia, mengandungi etilena oksida yang juga sebatian kimia dikaitkan dengan penyakit limfoma dan leukemia. Jabatan itu berkata, ujian dijalankan berjaya mengesan etilena oksida dalam kedua-dua mi dan peket perencah produk Malaysia terbabit, manakala produk Indonesia berkenaan pula hanya terkandung dalam peket perencah. Peruncit yang tidak didedahkan untuk ambil sampel mi segera ber...

Isteri pegawai kanan polis ditahan, disyaki melakukan pembunuhan bersiri

Image
Isteri pegawai kanan polis ditahan, disyaki melakukan pembunuhan bersiri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163684 Isteri pegawai kanan polis telah ditangkap kerana membunuh menggunakan racun sianida (cyanide-murder) seorang wanita dari Kanchanaburi, dan penyiasat mengesyaki dia juga terlibat dalam kematian enam wanita lain. Lt Jen Polis Jirabhop Bhuridej, Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat, mengenal pasti suspek sebagai Sararat "Aem" Rangsiwuthaporn. Dia tidak mendedahkan nama suaminya, tetapi dia dilaporkan sebagai Timbalan Penguasa Polis Wilayah di wilayah Ratchaburi. Polis Bahagian Pencegah Jenayah (CSD) mendapatkan waran tangkap, bertarikh 25 April, yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah, menahan Sararat pada Selasa kira-kira jam 11 pagi di kompleks pejabat kerajaan di jalan Chaeng Wattana di Bangkok. Ketika di tahan terdapat sebotol sianida dalam simpanannya. Penahanan itu susulan aduan yang difailkan kepada CSD oleh ibu dan kakak kepada Siriporn "Koy" Khanwon...

[VIDEO] Tanah runtuh, 76 individu kosongkan Akademi SPRM

Image
[VIDEO] Tanah runtuh, 76 individu kosongkan Akademi SPRM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163676 Lebih 70 individu di dua blok Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, di sini, diarah meninggalkan bangunan itu susulan kejadian tanah runtuh petang 25 April 2023. Kejadian berlaku di hadapan pintu masuk bangunan akademi SPRM sehingga meruntuhkan sebuah pondok kawalan, dengan runtuhan dianggarkan membabitkan keluasan 30 x 60 meter persegi. Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, mengesahkan kejadian itu selepas menerima panggilan mengenainya jam 1.54 petang. Susulan itu, katanya lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul dikejarkan ke lokasi untuk membantu. "Seramai 76 mangsa membabitkan 36 lelaki dan 40 wanita yang berada dalam dua blok bangunan di akademi itu diarahkan keluar dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya melalui satu kenyataan hari ini. Pihak bomba juga memaklumkan s...

[VIDEO] Gempa bumi kuat 7.3 magnitud landa Sumatera

Image
[VIDEO] Gempa bumi kuat 7.3 magnitud landa Sumatera BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163665 MENTAWAI: Gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter melanda barat Pulau Sumatera, awal pagi tadi. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, kejadian gempa itu mencetuskan amaran tsunami. Bagaimanapun, amaran tsunami yang menggesa pihak berkuasa tempatan untuk segera mengarahkan penduduk di lokasi terjejas supaya menjauhi kawasan pantai, sudah ditarik balik selepas kira-kira dua jam. Terdahulu, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) melaporkan gempa bumi itu berukuran 6.9 magnitud. Berdasarkan data BMKG, gempa itu melanda sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 84 kilometer (km). Malah, beberapa gegaran susulan turut dikesan selepas kejadian itu termasuk satu gempa mencatatkan 5 magnitud. Sementara itu, jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia, Abdul Muhari berkata, pihak berkuasa kini sedang mengumpulkan data dari pulau-pulau berhampiran p...
Image
[VIDEO] 'Jangan leka, hati-hati dengan Arcturus' - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163654 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan umat Islam yang menyambut Aidilfitri di seluruh negara agar berhati-hati dengan varian baharu Covid-19 iaitu XBB1.16 atau Arcturus. "Kita harus lebih berhati-hati kerana varian baharu ini kita tidak tahu kadar jangkitannya dan ia sangat terbuka serta cepat… Saya harap kita lebih berhati-hati sambil kita bergembira (menyambut Aidilfitri)," katanya kepada pemberita ketika meninjau jualan Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini hari ini. Beliau turut menasihati warga kota yang pulang ke kampung halaman supaya berhati-hati dan fokus ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. "Saya harap dengan tol percuma yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita harus ambil peluang ini untuk pulang ke kampung bersilaturahim dengan ibu bapa dan kaum keluarga tetapi j...

Campak emak di hospital untuk pergi beraya

Image
Campak emak di hospital untuk pergi beraya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163643 Tanpa disangka, seorang anak tergamak meninggalkan ibunya di sebuah hospital untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menerusi perkongsian seorang jururawat, Harnisah Nisa, dia mendedahkan perkara itu selepas mendengar perbualan antara waris dengan seorang doktor. “Doktor tulis sahaja sakit apa pun. Janji dia boleh masuk wad. Mana boleh macam tu. Mak cik sihat. Cuma dah lama kena ‘stroke’ kan. “Bolehlah doktor. Esok dah nak raya . Kami nak berjalan. Susahlah kalau bawa sekali dengan ‘wheel chair’ (kerusi roda). “Kalau dia masuk wad, ada orang jaga. Seminggu sahaja doktor,” kongsi jururawat tersebut. Dalam pada itu, Harnisah berpandangan bahawa tindakan tersebut adalah amat mementingkan diri sendiri. “Sanggup minta dimasukkan ke wad semata-mata nak senang beraya. Ladang pahala di depan mata, bertukar menjadi ladang dosa. “18 tahun menjadi seketul misi Unit Rawatan Rapi (ICU), inilah sketsa tahunan setia...

Larangan hisap ganja di tempat awam diperketat di Thailand

Image
Larangan hisap ganja di tempat awam diperketat di Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163630 Jabatan Kesihatan (DOH) Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan agar bersiap sedia melaksanakan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap acara kasual menghisap ganja di tempat awam, lapor laman berita Thaiger semalam.  Selain itu, orang ramai turut digalakkan untuk melaporkan dengan segera berhubung sebarang insiden gangguan kepada pegawai tempatan sekiranya terlihat individu menghisap ganja di tempat awam. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Dr. Atthapol Kaewsamrit berkata, pihaknya secara tegas mengingatkan rakyat dan pemilik perniagaan supaya berhati-hati dan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti yang mungkin melanggar undang-undang.  Sekiranya tidak mematuhi arahan, pegawai tempatan boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kesihatan Awam manakala hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda tidak melebihi 25,000 baht (RM3,235) atau ke...

[VIDEO] Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur

Image
Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163620 Seorang lelaki di Surabaya, Indonesia menangkap isterinya sedang berdua-duaan dengan rakannya sendiri di rumah mereka ketika waktu sahur, lapor laman berita Tribunnews kelmarin. Lebih menyedihkan adalah apabila kedua-dua pasangan kekasih itu tidak menunjukkan reaksi  menyesal, malah mereka mengakui saling mencintai. Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Facebook, lelaki bernama Chotib berkata, dia menangkap isteri dan rakannya berkhalwat di rumah mereka ketika pukul 2 pagi (waktu tempatan). “Pulang sahaja dari kerja, saya diberi ‘kejutan’ oleh isteri pada pukul 2 pagi. Dia berdua-duaan dengan kekasihnya iaitu rakan saya sendiri,” kata Chotib. Kedua-dua pasangan kekasih itu dilihat tidak menunjukkan reaksi takut dan menjawab segala soalan daripada Chotib dengan bersahaja. “Anda mahu berpisah dengan saya? Anda telah curang bersama Darno,” kata Chotib. “Ya,” jawab isteri...

Serangan bom di selatan Thailand mencederakan 8 anggota polis

Image
Serangan bom di selatan Thailand mencederakan 8 anggota polis BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163606 Lapan pegawai polis dari Balai Polis Sai Buri di wilayah Pattani, selatan Thailand, cedera dalam serangan bom ketika melakukan rondaan malam tadi. Dua kenderaan polis rosak. Sebelum kejadian, 11 pegawai keluar membuat rondaan dengan menaiki dua trak pikap di daerah Sai Buri. Penyerang meletupkan bom tersembunyi ketika pegawai memandu di sepanjang Jalan Ban Pa Thung – Bang Kao di mukim Bang Khao pada 10.45 malam. Penyerang melarikan diri dari tempat kejadian. Seorang pegawai cedera terkena serpihan dan tujuh lagi mengalami tinnitus dan dada sesak akibat letupan itu. Kesemuanya dibawa ke Hospital Putera Mahkota Sai Buri di Pattani untuk rawatan. Mereka yang cedera termasuk Pol. Kapten Kittikhun Pongpetch, Pol. Snr. Sgt. Mej Anon Wanthong, Pol. Sgt. Teeranat Pinnukit, Pol. Kpl. Sukhum Laichan, Pol. Kpl. Sanya Makmool, dan Pol. Kpl. Sangha Cheecho, yang mengalami luka di sikunya. Dipe...

[VIDEO] Polis cari individu main mercun dari tingkat 20 pangsapuri

Image
[VIDEO] Polis cari individu main mercun dari tingkat 20 pangsapuri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163595 Ipoh: Polis memburu individu yang didakwa bermain mercun dari balkoni pangsapuri Residensi PR1MA Meru, di sini seperti rakaman tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya turut menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan. Katanya, susulan itu siasatan dilakukan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan mudarat awam. "Siasatan juga mengikut Seksyen 4 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 iaitu membakar mercun sehingga mendatangkan mudarat awam," katanya dalam kenyataan malam tadi. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan IPD Ipoh Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019. Terdahulu video 25 saat tular di media sosial sejak semalam menunjukkan seorang individu yang berkemungkinan lelaki menyalak...

[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat

Image
[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163582 Sebuah gerai yang menjual bunga api dan mercun terbakar sekali gus menyebabkan barangan dijual musnah dalam kejadian didakwa di Chow Kit, Kuala Lumpur. Insiden tersebut tular menerusi video di media sosial memperlihatkan mercun-mercun yang dijual meletup serta mengundang kebimbangan orang awam di situ. Menerusi video tersebut, gerai berpayung menjual bunga api dan mercun itu berdekatan dengan gerai menjual pakaian serta pasar raya. Kelihatan orang ramai melarikan diri daripada terkena percikan mercun selain terdapat seorang individu bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api. Bagaimanapun, tidak diketahui punca, masa kejadian tersebut serta kerugian dialami penjual bunga api dan mercun itu memandangkan tiada maklumat lanjut berkenaan kebakaran. Sementara itu pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian sebuah gerai yang menj...

[VIDEO] Wanita kontroversi buka baju kurung, Siti Nuramira didenda RM8,000

Image
Wanita kontroversi buka baju kurung, Siti Nuramira didenda RM8,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163569 KUALA LUMPUR – Wanita kontroversi Siti Nuramira Abdullah yang tular selepas membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi tahun lalu, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu selepas Siti Nuramira, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan hari ini. Ini kerana pihak pendakwaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi (Siti Nuramira) yang dihantar pada 16 Mac lepas. Mahkamah turut memerintakan wanita itu menjalani penjara empat bulan, sekiranya dia gagal membayar denda itu. Tertuduh membayar denda tersebut. “Oleh itu, tarikh-tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan dilapangkan,” kata hakim itu. Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk sambung bicara bagi pemeriksaan balas oleh peguam terhadap saksi pendakwaan pertama Muhammad As...

Wanita warga emas meninggal dunia sendirian

Image
Wanita warga emas meninggal dunia sendirian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163559 KUALA KUBU BHARU: Panggilan tidak bersahut merungkaikan penemuan seorang wanita warga emas yang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Dagang Setia, Kuala Kubu Bharu, di sini, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.59 petang itu, rumah mangsa didatangi adik iparnya. "Adik ipar mangsa memanggil mangsa berulang kali namun tidak bersahut sebelum menemui mangsa yang dalam keadaan terbaring di dalam biliknya. "Adik ipar mangsa kemudian menghubungi pihak hospital memaklumkan berkaitan kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Ahad. Katanya, mangsa berumur 60 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang hadir ke lokasi. "Siasatan dijalankan pihak polis mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian. "Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebag...

Enam cedera, Mitsubishi Pajero jatuh gaung 10 meter di Rawang Bypass

Image
Enam cedera, Mitsubishi Pajero jatuh gaung 10 meter di Rawang Bypass BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163548 HULU SELANGOR – Seramai tujuh individu termasuk lima kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Rawang Bypass, Serendah menghala ke Kuala Lumpur, di sini, semalam. Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.58 petang. Menurut beliau, seramai enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi kejadian. “Setibanya Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Harashid Rosli di lokasi, terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport. “Kenderaan tersebut jatuh ke dalam gaung dengan kedalaman anggaran 10 meter kecuraman. “Enam individu cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu pemandu lelaki berusia 30-an, dua kanak-kanak lelaki (empat dan lima tahun) dan tiga kanak...

Pemandu lori terlibat nahas dua maut di Mualim bulan lalu ditahan di Melaka

Image
Pemandu lori terlibat nahas dua maut di Mualim  bulan lalu ditahan di Melaka BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163537 TANJUNG MALIM: Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki terbabit kes langgar lari yang menyebabkan kematian dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, dekat sini, pada 29 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata suspek, 30, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Muallim berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat di Melaka kira-kira jam 11.57 malam tadi. Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku menyebabkan kemalangan berkenaan ketika sedang membuat pusingan U di lokasi kemalangan terbabit. "Suspek juga mengaku menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan sehari selepas kejadian. "Kita juga menahan sebuah treler jenis Volvo di Kerling, Selangor yang mana pemeriksaan menemukan kesan bengkok dan cat tertang...

[VIDEO] Lelaki bakar kedai telefon pintar marah cinta ditolak

Image
[VIDEO] Lelaki bakar kedai telefon pintar marah cinta ditolak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163525 Berang cintanya ditolak, seorang lelaki tergamak membakar sebuah kedai menjual telefon pintar sehingga kerugian kira-kira RM100,000 di Langkap dekat Teluk Intan petang semalam 15 April 2023. Ketua Polis Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata anggota Balai Polis Langkap menerima laporan kejadian pada 3.19 petang daripada seorang wanita berusia 46 tahun yang bekerja di kedai telefon berkenaan. Beliau berkata dalam laporannya, wanita berkenaan menyatakan lelaki berusia 54 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu datang ke premis itu pada 2.30 petang lalu mengamuk sehingga mencederakan wanita berkenaan serta melemparkan kata-kata berunsur lucah. Menurut Ahmad Adnan, lelaki itu turut mengancam keselamatan wanita itu dengan mengugut akan membakar wanita berkenaan dan premis itu. “Disebabkan terlalu takut, wanita berkenaan bergegas ke Balai Polis Langkap untuk membuat laporan. Semasa l...

Feri Koh Samui karam di jeti Don Sak

Image
Feri Koh Samui karam di jeti Don Sak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163514 Sebuah feri karam di pelabuhan Don Sak di daerah Don Sak, Surat Thani, pada pagi Ahad selepas ombak kuat menghempasnya ke jeti konkrit. SURAT THANI: Sebuah feri di laluan antara Koh Samui dan tanah besar Surat Thani karam di jeti Don Sak selepas penumpang dan kenderaan meninggalkan kapal itu. Tiada siapa yang cedera, menurut Kementerian Dalam Negeri. Sutthipong Julcharoen, setiausaha tetap Kementerian Dalam Negeri, berkata feri R10 Raja Ferry Co karam di sebuah jeti di tanah besar daerah Don Sak pada kira-kira 10 pagi Ahad. Ombak kuat menolak feri ke jeti konkrit, menyebabkan feri senget dan kemudian tenggelam ke dasar laut yang sedalam kira-kira empat meter di situ. Tiada siapa yang cedera kerana semua penumpang telah meninggalkan kapal itu, kata Encik Sutthipong. Dia berkata bahawa dia mengarahkan pegawai di wilayah selatan yang menghadap ke Teluk Thailand untuk memastikan semua bot berada didarat semas...

[VIDEO] Gempa bumi di Laut Jawa: Seorang kanak-kanan maut, empat rumah rosak

Image
[VIDEO] Gempa bumi di Laut Jawa: Seorang kanak-kanan maut, empat rumah rosak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163503 JAKARTA -- Seorang kanak-kanak maut manakala empat rumah rosak dalam gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter yang melanda Laut Jawa, di luar wilayah Jawa Timur pada Jumaat. Menurut Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), pengurusan bencana Bali melaporkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dari Tabanan, Bali, meninggal dunia dipercayai mengalami serangan jantung ketika gempa bumi melanda. Jurucakapnya Abdul Muhari berkata dua buah rumah masing-masing di Jawa Barat dan Jawa Timur turut dilaporkan mengalami kerosakan. Sementara itu, agensi geofizik negara BMKG menyemak magnitud gempa bumi kepada 6.9, pada kedalaman 643 kilometer, kira-kira 68 kilometer1 barat laut Tuban di wilayah Jawa Timur. Gempa bumi itu berlaku disebabkan aktiviti perubahan bentuk pada plat Indo-Australia, yang tenggelam di bawah Laut Jawa. Kesan gegaran turut dirasai di Surabaya, band...

Keselamatan dipertingkatkan di daerah Hat Yai dan Sadao di Songkhla berikutan beberapa siri serangan bom dan tembakan

Image
Keselamatan dipertingkatkan di daerah Hat Yai dan Sadao di Songkhla berikutan beberapa siri serangan bom dan tembakan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163490 Sebuah bom meletup di landasan kereta api atas jambatan di Tambon Sateng Nok di daerah Muang di Yala. Satu lagi serangan berlaku di pos luar unit operasi khas di daerah Rueso di Narathiwat. Ini menyebabkan berlakunya berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dan lelaki bersenjata. Dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah pos unit operasi khas di stesen kereta api Wat Chang di tambon Thung Phla daerah Khok Pho di Pattani. Penyerang melepaskan tembakan ke arah pegawai polis di stesen kereta api Khok Pho di Khok Pho. Bom paip dilemparkan ke dalam pos renjer separa tentera di tambon Yata di daerah Raman di Yala. Satu lagi tembakan berlaku di tambon Chuap di daerah Cho Airong di Narathiwat, yang mengakibatkan berlaku berbalas tembakan dengan unit operasi polis khas yang berpangkalan di stesen kereta api Cho Airong. P...

[VIDEO] Bomba siasat kebakaran 13 motosikal di KLCC

Image
[VIDEO] Bomba siasat kebakaran 13 motosikal di KLCC BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163463 Bomba sedang menyiasat kes kebakaran membabitkan 13 motosikal yang berlaku di ruangan parkir Suria KLCC Jalan Ampang pada Khamis. Menurut Komander Operasi Mohd Iqbal Khan Malek Khan, pihaknya menerima laporan pada jam 3.45 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian. “Keluaran pasukan operasi jentera dari BBP Jalan Tun Razak dan jentera bantuan dari BBP Keramat bersama jentera FRT- 2 dan EMRS-1 dengan kekuatan 15 anggota. “Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat kebakaran 13 buah motosikal dan empat buah skuter elektrik. Peratus kebakaran sembilan buah motosikal 100 peratus, 3 buah (dua peratus), sebuah (20 peratus) dan empat buah skuter elektrik 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis. Insiden kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. Api juga berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 4.04 minit petang dan setakat ini bomba masih men...

[VIDEO] Kronologi wanita maut pisau tertusuk leher hari ke-36 pantang

Image
[VIDEO] Kronologi wanita maut pisau tertusuk leher hari ke-36 pantang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163441 BAHARU sahaja melahirkan anak keempat, ibu berusia 35 tahun ditemui maut dalam keadaan yang menyayat hati. Siapa sangka hanya selepas berbual dengan suami tercinta yang berada di Kedah, wanita itu pergi buat selama-lamanya pada hari ke-36 berpantang di rumah keluarga di Beris Panchor, Bachok, Kelantan. Luluh hati ibu yang menjadi saksi kejadian, Zuraizah Mat, 58 yang sempat menemui anaknya dalam keadaan bernyawa berkongsi kronologi kejadian: 1-Sebelum kejadian berlaku kira-kira pada jam 6 petang anak perempuannya berada di ruang tamu sebelum menyerahkan bayinya untuk bercakap di telefon dengan suami yang berada di Kedah. 2-Mangsa kemudian masuk ke dalam bilik dan sempat berpesan supaya menjaga bayinya. 3-Kemudian Zuraizah meminta anak bongsu mengintai mangsa yang berada di dalam bilik tersebut menggunakan tangga kerana bimbangkan keselamatannya. 4-Mereka juga cuba pecahkan...

Malaysia alami gerhana matahari separa pada 20 April

Image
Malaysia alami gerhana matahari separa pada 20 April BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163430 Malaysia akan mengalami gerhana matahari separa pada 20 April ini bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena itu bermula 11 pagi hingga selewat-lewatnya 2 petang bagi pemerhati di Sabah, manakala ia akan tamat lebih awal iaitu sekitar 1 tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung. “Bagi pemerhati di Semenanjung Malaysia, litupan permukaan matahari ketika maksimum adalah pada kadar satu peratus hingga 15 peratus, manakala di Kuching, Sarawak mencecah sehingga 30 peratus dan di Kota Kinabalu, Sabah pula 34 peratus dan yang tertinggi 43 peratus di Tawau,” menurut kenyataan itu. Menurut MOSTI, Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa 2023 akan diadakan di Planetarium Negara Kuala Lumpur dan di bandar Tawau, dengan cermin mata gerhana ...