Pasangan muda buat perlakuan jelik dalam kereta ditahan


Pasangan muda buat perlakuan jelik dalam kereta ditahan

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163239

  • Rakaman kejadian itu berlaku pada 3.03 petang, 29 Mac 2023, tetapi baru tular di TikTok baru-baru
  • Penahanan membabitkan lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 17 tahun.
  • Polis turut merampas kereta Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

PASIR GUDANG - Sepasang kekasih yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan ditahan, di dua lokasi berbeza secara berasingan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, rakaman kejadian itu berlaku pada 3.03 petang, 29 Mac lalu, tetapi baru tular di TikTok baru-baru 

Katanya, penahanan membabitkan lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 17 tahun.

"Polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.

"Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara 4.15 petang hingga 5.15 petang, hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, semakan dibuat mendapati kedua-dua warga tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

"Polis turut merampas kereta Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun," katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman berdurasi 23 saat yang merakamkan perbualan jelik kedua-dua individu itu di dalam sebuah kenderaan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL