Larangan hisap ganja di tempat awam diperketat di Thailand


Larangan hisap ganja di tempat awam diperketat di Thailand

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163630

Jabatan Kesihatan (DOH) Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan agar bersiap sedia melaksanakan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap acara kasual menghisap ganja di tempat awam, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Selain itu, orang ramai turut digalakkan untuk melaporkan dengan segera berhubung sebarang insiden gangguan kepada pegawai tempatan sekiranya terlihat individu menghisap ganja di tempat awam.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan, Dr. Atthapol Kaewsamrit berkata, pihaknya secara tegas mengingatkan rakyat dan pemilik perniagaan supaya berhati-hati dan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti yang mungkin melanggar undang-undang. 

Sekiranya tidak mematuhi arahan, pegawai tempatan boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Kesihatan Awam manakala hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda tidak melebihi 25,000 baht (RM3,235) atau kedua-duanya sekali akan dikenakan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL