[VIDEO] Pelakon Sharnaaz Ahmad akan dituduh cederakan orang
[VIDEO] Pelakon Sharnaaz Ahmad akan dituduh cederakan orang
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161927
Pelakon, Sharnaaz Ahmad, tiba di Kompleks Mahkamah di sini pagi ini, untuk didakwa kerana mencederakan orang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sharnaaz memakai baju kemeja biru dan berseluar hitam diiringi dua peguamnya masuk ke lobi mahkamah pada jam 9.34 pagi 18 Januari 2023.
Pelakon itu kelihatan tenang dan sempat menyampaikan salam serta mengucapkan selamat pagi kepada lebih 10 pengamal media yang merakam foto serta videonya.
Pada 16 Jun tahun lalu, Sharnaaz ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut, di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, dilaporkan berkata kejadian bermula apabila mangsa yang juga pengawal keselamatan di tempat lain meminta rakannya membeli minyak masak.
Bagaimanapun, rakannya itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan kondominium terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan pengawal keselamatan itu.
Pelakon terbabit yang melihat insiden datang menegur mereka sebelum mangsa didakwa ditumbuk olehnya hingga lebam pada muka.
Susulan kejadian, Sharnaaz direman tiga hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan.
https://twitter.com/KamaluddinIdrus/status/1615586034401816576?s=20&t=3fhjpnpcqXPUWETEB_FDkQ
Comments
Post a Comment