[VIDEO] Penumpang buat hal Malaysia Airlines MH122 dari Sydney berpatah balik
Penumpang buat hal Malaysia Airlines MH122 dari Sydney berpatah balik
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166652
SYDNEY: Penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH122 dari Sydney, Australia ke Kuala Lumpur tergendala apabila seorang lelaki mengancam kru dan penumpang pesawat berkenaan, tengah hari ini.
The Sydney Morning Herald melaporkan pesawat itu yang sepatutnya berlepas jam 1.06 tengah hari waktu tempatan) terpaksa berpatah balik semasa berada di New South Wales sebelum mendarat di Lapangan Terbang Sydney.
Menurut sumber daripada pelbagai lapangan terbang, sekurang-kurangnya 50 penerbangan masuk dan keluar terpaksa ditunda susulan kejadian itu.
Apabila berlaku kecemasan, penerbangan akan dihentikan sehingga menerima arahan kecemasan daripada pihak berkuasa.
Insiden itu tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki dalam pesawat berkenaan menjerit terhadap kru dan penumpang lain sambil memeluk sebuah beg di dadanya.
Pesawat itu berada di Lapangan Terbang Sydney, manakala penumpang akan dibenarkan keluar dari pedawat berkenaan selepas melalui proses pemeriksaan keselamatan.
Malaysia Airlines dalam kenyataan memaklumkan ketua penerbangan pesawat itu membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney atas faktor keselamatan.
"Pesawat itu membawa 194 penumpang dan lima anak kapal selamat mendarat jam 3.47 petang (waktu tempatan).
"Keselamatan dan keselesaan kru serta penumpang kami adalah paling penting bagi Malayisa Airlines," katanya.
Jurucakap Polis Persekutuan Australia (AFP) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pihak lapangan terbang dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.
Sementara itu, jurucakap Lapangan terbang Sydney, pihaknya membantu pihak berkuasa bagi menguruskan insiden berkenaan.
Polis Persekutuan Australia (AFP) menahan seorang penumpang yang didakwa mencetuskan 'gangguan' di dalam pesawat Malaysia Airlines MH122 semasa dalam penerbangan.
AFP dalam kenyataan media yang disiarkan di laman webnya berkata penumpang lelaki berusia 45 tahun itu ditahan tanpa sebarang insiden, dan dijangka didakwa lewat malam ini.
"Penumpang itu sudah dipindahkan dari pesawat. Tiada ancaman besar kepada orang ramai," menurut kenyataan itu.
Menurut AFP pihaknya tidak akan mendedahkan butir-butir mengenai operasi, tetapi berkata pelan tindak balas kecemasan sudah dilaksanakan dan tindakan memindahkan lelaki itu dibuat sebaik sahaja pelaksanaannya dianggap selamat untuk penumpang lain dan anak kapal.
Terdahulu Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata MH122 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney menuju ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik pada pertengahan penerbangan kerana ada penumpang yang mencetuskan 'gangguan'.
"Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk kembali ke Sydney.
"Penerbangan yang membawa 194 penumpang dan lima anak kapal itu mendarat dengan selamat pada pukul 3.47 petang waktu tempatan," menurut kenyataan itu.
Comments
Post a Comment