[VIDEO] Penganjur Port Fest 2023 mohon maaf isu tarian ekstrem


[VIDEO] Penganjur Port Fest 2023 mohon maaf isu tarian ekstrem

BACA seterusnya di: pakdin.my/167009 -

IPOH – Pihak pengurusan agensi kreatif People of Remarkable Talents (Port) memohon maaf berhubung insiden ‘tarian ekstrem’ oleh segelintir penonton sewaktu persembahan UBS Band di Port Fest 2023 di Dataran Ipoh di sini pada 20 Ogos lalu.

Menurut penganjur, ia bukan suatu yang sengaja diatur oleh pihaknya bahkan berada di luar kawalan mereka.

“Pihak penganjur dengan ini memohon maaf sekiranya adegan tarian yang sedang diviralkan tersebut telah menyentuh sensitiviti sebahagian masyarakat.

“Kaedah untuk penganjuran konsert seterusnya sedang dikaji agar peristiwa sebegini dapat dielakkan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Port Fest 2023 yang berlangsung selama dua hari iaitu 19 hingga 20 Ogos lalu merupakan sebuah festival yang dijalankan untuk mengetengahkan pelbagai sisi seni kreatif dan budaya.


Tujuan utama penganjurannya adalah untuk memberi pendedahan serta peluang perniagaan kepada lebih daripada 300 orang penggiat seni di Perak.

Menurut penganjur, program Port Fest 2023 berjaya menarik sekitar 20,000 orang pengunjung dan menjana manfaat kewangan sebanyak kira-kira RM450,000 menerusi jualan makanan, minuman dan produk seni kreatif, acara persembahan, pameran dan pertandingan serta penyewaan penginapan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL