[VIDEO] Wanita meraung disihir, kemaluan rasa terbakar


[VIDEO] Wanita meraung disihir, kemaluan rasa terbakar

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166631

KRISIS antara mentua dan menantu bukanlah luar biasa dalam alam perkahwinan.

Selalunya, isu ini timbul apabila rumah tangga yang dibina tidak mendapat restu ibu bapa.

Namun, dalam satu perkongsian baru-baru ini, cukup menyedihkan apabila seorang mentua dikatakan sanggup menggunakan ilmu hitam terhadap menantu bagi meruntuhkan ikatan yang terjalin.

Seorang wanita mendakwa disihir oleh ibu mentua gara-gara perkahwinan tak direstui.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang perawat wanita, Nurularsyifaalmustaqim di media sosial, mangsa dikatakan disihir ibu mentuanya sendiri menggunakan darah haid.

Menerusi video yang dikongsi, dia menunjukkan bagaimana pesakitnya meraung ketika mendapatkan rawatan alternatif di tempatnya di Nurul ar-Syifa di Pahang.

"Ibu mentua bertopengkan iblis. Alim, imej yang warak bukanlah tiket ke syurga. Satu badannya dilumurkan darah kotor atau haid.

“Itulah salah satu cara mentuanya gunakan ilmu hitam terkutuk untuknya. Perkahwinan yang tak direstui, akhirnya hidupnya merana.

"Kemaluan terasa terbakar, selalu keluar air hitam yang busuk," tulisnya dalam video yang dikongsikan di TikTok.

Apa yang lebih mengejutkan apabila pesakit didengar menceritakan sendiri mengenai cara kotor dilakukan mentua terhadap dirinya dan turut turut disaksikan bapa mentuanya.

Dia juga menegaskan bahawa apa yang dihadapinya bukan rekaan.

“Ustazah... saya bukan reka cerita.

Menangis saya dengar dia menjerit sakit. Ya Allah, Kau sembuhkan dia.

NETIZEN

"Bapa mentua saya saksi ibu mentua hampir setiap hari memuja gambar perkahwinan kami yang dilumurkan dengan darah haid yang busuk,” tulisnya, memetik kata-kata pesakit itu.

Melihat situasi pesakitnya itu,, perawat meluahkan rasa sedih kerana masih wujud manusia sezalim dan sekejam itu pada masa kini.

Jika diteliti di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib wanita apatah lagi mendengar jeritannya ketika menanggung kesakitan sewaktu dirawat.

"Ya Allah sembuhkan dia. Tak sanggup dengar meraung macam tu.

Komen netizen di TikTok.


"Menangis saya dengar dia menjerit sakit. Ya Allah, Kau sembuhkan dia. Angkat sekali sakit sengsara dia.

"Sedihnya. Apa jenis makhluk durjanakan anak orang. Sembuhkanlah anak muda ini sepenuhnya," komen netizen yang bersimpati dengan nasib wanita ini.


@nurularsyifaalmustaqim temui saya di kuantan pahang pada 11-13 0gos. #sihir #ilmuhitam #khurafat #susuk #rawatanganguanmaklushalus #arsyifa #rawatanarsyifa #rawatanarsyifaalmustaqim #perawatarsyifawanita #kuantan #pasirgudang #singapore #kualarompinpahang🇲🇾 #fyp ♬ Setanggi Syurga - ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma