FGV lancar Ayam Kampung Ladang’57


FGV lancar Ayam Kampung Ladang’57


FGV Holdings Berhad (FGV) melancarkan produk pertanian terbaharunya, ‘Ayam Kampung’ di bawah jenama Ladang’57.

Ia adalah sebahagian daripada komitmen FGV untuk memenuhi permintaan pasaran bagi ayam segar, disamping menyumbang kepada agenda keselamatan makanan negara.

Dengan kerjasama rakan kongsi pemasaran dan pengedaran FGV, AEON BiG (M) Sdn. Bhd. (AEON BiG), Ayam Kampung Ladang’57 akan dipasarkan di 21 pasar raya besar AEON BiG di seluruh Semenanjung.

Ayam-ayam ini diternak secara semulajadi tanpa menggunakan suntikan hormon atau antibiotik, serta menjalani pelbagai proses pembersihan seperti penyembelihan yang halal dan pembersihan menyeluruh sebelum dibungkus.

­Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor berkata, sebagai syarikat makanan dan perniagaan tani terulung di negara ini, pihaknya komited untuk mengeluarkan produk makanan premium dan berkhasiat pada harga yang berpatutan.

“Bagi fasa pengenalan ini, kami menyasarkan untuk mengagihkan sebanyak 4,000 ekor Ayam Kampung Ladang’57 sebulan kepada AEON BiG.

“Kolaborasi bersama AEON BiG ini bukan sahaja akan membantu FGV dalam memenuhi komitmen terhadap agenda keselamatan makanan negara tetapi juga memainkan peranan penting dalam kejayaannya yang memberangsangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai boleh menikmati tawaran harga istimewa Ayam Kampung Ladang’57 pada harga RM9.90 sekilogram yang tersedia di seluruh negara sehingga 31 Ogos ini.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL