[VIDEO] Treler rosak mengundur rempuh 7 kenderaan di Rawang

VIDEO] Treler rosak mengundur rempuh 7 kenderaan di Rawang

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166961

GOMBAK – Pemandu treler patah tangan selepas terbabit dalam kemalangan mebabitkan lapan buah kenderaan di Kilometer (KM) 14, Jalan Kuala Lumpur menghala ke Ipoh arah Rawang, di sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohammad Nasir berkata, kemalangan itu berlaku sekitar 11 pagi 23 Ogos 2023 dan melibatkan lapan kenderaan iaitu sebuah treler jenis Volvo, sebuah lori Isuzu, van Nissan Vanette, sebuah motosikal Honda EX5 dan empat buah kereta.

“Siasatan awal mendapati semasa treler jenis Volvo dengan muatan “steel bar” dari arah Kuala Lumpur menghala Rawang mengalami kerosakan mekanikal dan telah mengundur disebabkan kawasan mendaki.

“Akibat dari insiden itu, treler terbabit telah melanggar beberapa buah kenderaan yang berada di belakangnya di kedua-dua lorong,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Ariffin, pemandu treler telah mengalami kecederaan patah tangan manakala mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan ringan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau 03-61262222.

Terdahulu dilaporkan sebuah treler kemalangan sehingga menyebabkan kesesakan di Taman Amansiara dari arah Selayang menuju ke Jalan Templer, Rawang, di sini, hari ini.

Difahamkan, kemalangan tersebut turut membabitkan beberapa kenderaan yang lain termasuk sebuah motosikal.

Menurut sebuah video tular kemalangan itu, keadaan treler selepas kemalangan yang melintang telah menutup keseluruhan jalan menyebabkan tiada kenderaan boleh melepasinya.

Lori, Treler, Rawang, Jalan Templer,

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL