Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah


Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah

Baca seterusnya di: pakdin.my/167462

JAKARTA – Polis Indonesia menyerbu sebuah rumah yang digunakan untuk menghasilkan filem lucah dan menangkap lima orang  termasuk seorang penerbit di Jakarta Selatan, lapor portal berita Prohaba semalam.

Ketua Polis Metro Jaya, Ade Safri Simanjuntak berkata, lima orang yang ditangkap termasuk pengarah dan pelakon filem  tersebut yang berdurasi antara satu jam hingga sejam 30 minit.

Pemilik rumah tersebut turut diberkas. Polis berkata, terdapat 11 pelakon wanita dan lima pelakon lelaki yang masih diburu.

“Pelakon filem panas itu menerima bayaran antara 10 juta rupiah (RM3,046) hingga 15 juta rupiah (RM4,569) untuk setiap filem,” kata Ade.

Menurutnya, 120 judul filem lucah kumpulan tersebut telah dimuat naik ke beberapa laman web yang rata-rata mengenakan bayaran 50,000 rupiah (RM15.23) untuk langganan  satu hari, 150,000 rupiah (RM45.69) untuk seminggu, 250,000  rupiah (RM76.16) untuk sebulan dan setahun sebanyak 500,000 rupiah (RM152.31).

Beliau juga menyatakan bahawa pasukan produksi filem lucah itu sudah mengaut keuntungan 500,000 juta rupiah (RM152,310) dan bukan hanya wanita biasa yang berlakon tetapi juga pesohor Instagram. – Agensi 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL