Kelajuan HSR Jakarta-Bandung cecah 350km sejam


Kelajuan HSR Jakarta-Bandung cecah 350km sejam

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166092

Kelajuan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung berjaya mencapai kelajuan maksimum iaitu 350 kilometer sejam dalam ujian bersepadu yang dilakukan.

Dengan kejayaan itu, sekali gus menandakan HSR berkenaan berjaya mencapai matlamat dalam fasa ujian bersepadu.

Sejak ujian bersepadu dimulakan pada 22 Mei, Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) bersama-sama dengan beberapa syarikat China menjalankan ujian untuk meningkatkan kelajuan tren secara berperingkat, iaitu dari 180 kilometer sejam hingga 350 kilometer sejam.

Ujian itu bagi memeriksa fungsi dan pelbagai indeks mengenai landasan, pembekalan elektrik, telekomunikasi, isyarat, penyeliaan amaran untuk memastikan kelancaran terhadap ujian fasa seterusnya serta pengoperasian rasmi.

VIDEO berkaitan:


Projek landasan sejauh 142.3 km  yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu merupakan projek ikonik dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kerjasama China-Indonesia.

Untuk rekod, ia juga merupakan projek pertama pembinaan HSR China di luar negara dengan segenap komponen dan rantaian perindustrian melalui teknologi dan standard China.

Apabila projek itu siap, perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan mengambil masa 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL