Rakyat Sudah Bosan Dengan Putar Belit Cerita 1MDB

Putar belit pembangkang dan kumpulan pro-Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan cerita 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan pelbagai dakwaan salah dan tidak berasas sudah membuatkan rakyat muak dan bosan dengan strategi politik kotor mereka.

Terbaru, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program  di Stadium Ketereh, Kelantan Jumaat lepas memutar belitkan lagi cerita berkaitan 1MDB dengan tuduhan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyalahgunakan dana syarikat berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO, dalam program itu mencipta angka baru pula iaitu RM14 bilion dikatakan hilang berbanding angka lebih RM40 bilion yang hilang.

Rakyat sudah bosan dan petunjuknya jelas apabila demo haram #TangkapMO1 yang dianjurkan oleh mahasiswa di Dataran Merdeka gagal sebaliknya hanya menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang lain.

Kegagalan kumpulan anti-Najib ini adalah hasil kejayaan kerajaan yang melaksanakan program memberikan penerangan dan penjelasan kepada rakyat berhubung isu yang dicipta oleh Dr Mahathir dan kumpulannya yang hanya berniat mahu menjatuhkan Najib dan menggulingkan Barisan Nasional (BN).

Ia turut memberikan kesan positif kepada parti apabila pengaruh dan sokongan kepada BN semakin kukuh.

BN berjaya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan majoriti lebih besar dan menang Pilihan Raya Kecil (PRK)  di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar.

Momentum itu turut membuatkan keadaan di dalam negara terus stabil dan harmoni biarpun kumpulan itu terus lagi membuat dakwaan tidak berasas dan mereka-reka cerita terhadap Najib dan 1MDB.

Langkah Najib mengambil tindakan proaktif menjalankan siasatan terperinci melibatkan agensi dalam negara yang layak berjaya melenyapkan persepsi buruk rakyat dalam isu ini sekaligus ia berjaya melalu proses pemulihan dari kerosakan yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Kini, proses kumpulan itu yang mahu menubuhkan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) nampaknya juga menghadapi masalah besar dengan banyak penyokong kuat mereka sebelum ini enggan menyertai parti itu yang dipimpin oleh Muhyiddin selaku Presiden.

Kerajaan BN kekal kukuh biarpun ada usaha jahat kumpulan tertentu untuk menjatuhkan pemimpin dan parti BN memastikan Malaysia terus harmoni dan stabil.

Tulisan :
Beruang Biru
BB25, Isnin
29 Ogos 2016

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma