Bersih NGO Yang Gagal

Maria Chin, penganjur Bersih 5.0 telah umumkan dalam akhbar China Press pada 4 Ogos 2016 bahawa demo Bersih 5.0 akan dihadiri oleh 500,000 orang.

Kali ini, penganjur Bersih itu kelihatan teragak agak dan tidak yakin. Tidak dinyatakan bersama bila tarikh sebenar demo Bersih 5.0.

Juga tidak dinyatakan di mana lokasi demo akan dibuat. Lebih memeningkan lagi, penganjur sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dituntut oleh pendemo Bersih.

Ada yang meramalkan Bersih 5.0 mungkin diadakan pada 27 dan 28 Ogos 2016 di Dataran Merdeka. Ada juga yang meramalkan ianya akan diadakan selama lima hari sempena nama Bersih 5.0 bermula 17 hingga 21 September di Padang Kota, Pulau Pinang.

Mengapa perlu dibuat di Pulau Pinang? Ianya sempena hari perbicaraan kes Guan Eng yang akan disebut pada 22 September 2016.

Oleh itu, demo Bersih 5.0 perlu diadakan untuk menunjukkan sokongan rakyat masih lagi pada Guan Eng setelah rancangan mengadakan pilihanraya kecil di Pulau Pinang gagal.

Apa pun, himpunan Bersih 5 ini sudah nampak petanda awal kegagalanya. Momentum dan "trend" untuk mengajak rakyat turun dan berhimpunan atas jalan nampaknya sudah berlalu. Lebih ramai yang suka bermain Pokemon Go sekarang ini dari sertai demo Bersih 5.

Beberapa siri demo yang dibuat pembangkang pada tahun 2015 juga menemui kegagalan. Lokasi demo dari Sogo ke Dataran Merdeka sudah tidak lagi mendapat sambutan rakyat. Malah ada ketikanya mereka yang membeli belah di Sogo lebih ramai dari yang berdemo.

Pembangkang sudah hilang ketua. Mereka makin berpecah belah dengan kehadiran parti baru Mahathir. Malah kehadiran Mahathir dalam demo Bersih 4 telah membuka luka lama penyokong penyokong Anwar Ibrahim.

Mahathir sendiri kena boo dalam demo jalanan bantah GST pada 2 April 2016. Laungan Mahafiraun dan Mahazalim kembali kedengaran. Jika Bersih 5 membuat demo sekali lagi, tragedi yang sama akan berulang.

Malah dibimbangi akan menjadi pentas perbalahan besar antara pendemo parti baru Mahathir dengan penyokong PKR. Demo Bersih 4 gagal bila PAS memboikotnya. Sama juga dengan Bersih 5, tanpa PAS, demo itu gagal sekali lagi.

Bersih akan dikenang sebagai satu NGO yang gagal. Apa yang rakyat ingat dan kenang adalah keganasan demo Bersih. Kerugian peniaga, kereta polis diterbalik dan kelakuan ganas pendemo Bersih. Itulah "trademark" yang Bersih tinggalkan selepas berakhirnya demo.

Tulisan :
Beruang Biru
8 Ogos 2016

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma