Mokhzani Antara Punca Tun M Dikejarkan Ke IJN


Inilah Perkara Yang Menakutkan Siti Hasmah.

Mahathir cukup marah tentang perkara yang tidak berjalan seperti perancangannya sejak 26 Julai 2016.
http://www.malaysia-today.net/mahathirs-near-heart-attack-in-jakarta/

Beliau memarahi Daim secara panjang lebar mengenai Kadir dan tiga Tan Sri, sejak itu beliau mula mengalami sakit dada dan dikejarkan ke hospital. Menurut Siti Hasmah, sejak 26 Jul lalu, Mahathir resah dan tidak dapat tidur pada waktu malam. Apa yang dia paling takut berlaku semalam pada pukul 9.00 pagi.
http://pakdin.my/akhirnya-konspirasi-terhadap-pm-najib-razak-terbukti-new-york-times/

Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak suka dengan gaya hidup suaminya yang sangat aktif dan tertekan. Beliau merasakan bahawa pada usia Mahathir sekarang ini, beliau tidak seharusnya "burn his candle from both ends". Dan apa yang dia paling takuti berlaku pagi semalam pada jam 9 pagi. Mahathir dimasukkan ke IJN dan dilaporkan sakit dada atau jangkitan dada.

Siti Hasmah tahu bahawa Mahathir menolak tuah dan tekanan memang boleh membunuh beliau. Menurut Siti Hasmah, sejak 26 Julai 2016 ketika mereka masih di Jakarta, Mahathir sangat gelisah dengan keadaan huru-hara terutama apabila sidang akhbar yang sepatutnya diadakan pada hari yang sama perlu dibatalkan. Sejak itu Mahathir resah dan tidak tidur dengan baik.
http://www.malaysia-today.net/mahathirs-near-heart-attack-in-jakarta/

Serangan jantung pertama Mahathir berlaku pada tahun 1989 apabila beliau mengalami tekanan yang melampau dan hampir disingkirkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan 'Team B'. Kemudian dia mengalami serangan jantung kedua semasa Hari Raya tahun 2006. Pada masa itu Mahathir sedang giat berkempen habis-habisan seluruh Malaysia untuk menggulingkan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada petang hari tersebut beliau membincangkan sama ada Tengku Razaleigh Hamzah telah bersedia untuk mengambil alih jawatan daripada Abdullah dan yang lebih penting, sama ada beliau akan akur, apabila pada jam 3 pagi Mahathir mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke hospital.

Para doktor memutuskan beliau perlu menjalani pembedahan jika Mahathir mahu terus hidup. Tetapi Mahathir mengalami komplikasi selepas pembedahan dan jangkitan serius, oleh kerana itu mereka terpaksa membedah beliau lagi ali ini.

Bagaimanapun, mereka memberi Mahathir peluang kurang daripada 50% untuk hidup dan keluarga bersiap sedia untuk perkara yang terburuk.

Namun Mahathir terselamat walaupun ramai meramalkan beliau tidak akan terus hidup. Sejak serangan jantung pada tahun 2006, Mahathir mendapat banyak tanda-tanda amaran serangan jantung. Ini menurut salah seorang Blogger Umno, 'Big Dog', dalam artikel pada September 2007.

Sejak 8 November tahun lepas (2006), Tun Dr. Mahathir telah mengalami tiga serangan jantung dan dimasukkan ke hospital di IJN. Beliau telah dimasukkan ke IJN selepas pulang dari Johor Bahru pada 10 Februari 2007, di mana beliau telah menyeru pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak takut kepada perubahan kepimpinan dan sekali lagi pada 15 Mei 2007, semasa lawatan peribadi ke Langkawi.

Serangan jantung yang terakhir agak serius dan dia telah diterbangkan pulang ke Kuala Lumpur dan dimasukkan segera ke IJN selepas pakar IJN yang diterbangkan ke Langkawi merawat beliau, berjaya menstabilkan Mahathir dan dia boleh diterbangkan.

Itu adalah apa yang dilaporkan pada tahun 2007. Sejak itu Mahathir dimasukkan ke hospital di Australia pada tahun 2010 dan sekali lagi pada 2013 kerana sakit dada dan sekali lagi semalam pada jam 9 pagi atas sebab yang sama. Ada yang mengatakan ia mungkin lebih daripada sekadar sakit dada berdasarkan beberapa peristiwa sebelum mereka terpaksa menghantar Mahathir ke hospital.

Pagi semalam, Mokhzani, sarapan bersama Mahathir pada awal pagi di mana beliau memberitahu bapanya dia mungkin menghadapi tuduhan"insider trading". Pada 29 Julai 2016, bekas rakan kongsi beliau, Datuk Yeow Kheng Chew dan dua yang lain Paulene Chee Yuet Fang dan Tan Yee Chee, remisier beliau didakwa kerana "insider trading". Ketiga-tiga mereka bertindak atas arahan beliau, jadi ini bermakna dia juga menghadapi risiko nasib yang sama.

http://pakdin.my/mahathir-cuba-lindungi-anak-daripada-didakwa/

Ketika itu Mahathir "blew his top" dan merungut pada Mokhzani mengapa dia melakukan perkara yang bodoh seperti itu sedangkan mengetahui yang mereka bergantung kepada mereka yang berkuasa. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pasti tidak akan melepaskan mereka dengan mudah memandangkan apa yang mereka telah lakukan terhadapnya. Hukuman terhadap dakwaan tersebut adalah maksimum penjara sepuluh tahun dan jika Mokhzani dihantar ke penjara selama sepuluh tahun Mahathir tidak akan dapat melihat hari Mokhzani dibebaskan.

http://pakdin.my/rakan-niaga-anak-mahathir-didakwa-kes-insider-trading-kenchana-petroleum/

Perbincangan Mokhzani Mahathir bertukar panas dan anak menyalahkan bapa atas masalah tersebut. Jika Mahathir tidak begitu beria-ia menyingkirkan Najib, maka Mokhzani tidak akan menghadapi masalah ini. Mokhzani kemudian berlalu dalam keadaan marah. Kemudian Mahathir menelefon Tun Daim Zainuddin dan merungut mengenai langkah bodoh yang Kadir Jasin lakukan hingga menyebabkan sidang akhbar yang dirancang dan sepatutnya telah diadakan ekoran pengumuman oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Peguam Negara Amerika Syarikat terpaksa dibatalkan.

Mahathir berkata jika pelan pada 26 Julai tidak dirosakkan maka Mokhzani tidak terjerumus dalam masalah tersebut.

Mahathir juga memberitahu Daim dia telah cuba menghubungi bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz tetapi ketiga-tiga mereka tidak menjawab panggilan beliau.

Mereka nampaknya telah menghentikan semua komunikasi dengan beliau dan Mahathir terlampau marah kerana ini bermakna dia tidak boleh melaksanakan rancangan dan disekat.

Semua perkara dilihat tidak memihak kepada beliau. Semalam Muhyiddin Yassin pergi ke pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan parti baru mereka. Nampaknya penerimaan parti baru ini adalah suam-suam kuku dan tidak mendapat sambutan seperti yang beliau jangkakan.

Malah nama yang dicadangkan parti baru mungkin tidak diluluskan kerana mereka menggunakan nama 'Bersatu' pada nama, yang juga digunakan oleh Umno. Jika 'Bersatu' dalam nama itu tidak dibenarkan maka hanya tinggal 'Pribumi'.

Mahathir "juggling too many balls in the air" pada masa yang sama dan dia menjadi sangat gelisah. Daim tidak membantu kerana dia tidak begitu yakin dan agak negatif. Malah, Daim seolah-olah mentertawakan orang tua itu memandangkan bantahan tidak akan ke mana-mana.

Ketika itulah Mahathir mula berasa tidak sihat dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Pada mulanya mereka menyangka dia mengalami satu lagi serangan jantung atau strok. Berita rasmi adalah bahawa dia sakit dada. Sumber dalaman mengatakan dia berada di hospital hanya untuk pemeriksaan rutin. Tetapi mengapa menjalani pemeriksaan rutin kesihatan pada hari parti barunya didaftarkan?
http://pakdin.my/mahathir-dimasukkan-ke-ijn-akibat-jangkitan-paru-paru/

Berita Mahathir telah dikejarkan ke IJN pada mulanya mengundang panik. Masanya amat tidak sesuai. Mereka mahu fokus pada pendaftaran parti baru Mahathir dan tidak kepada berita Mahathir dikejarkan ke hospital. Orang Cina yang percaya pada "feng shui" mengatakan bahawa ini bukanlah satu petanda yang tidak baik untuk parti baru Mahathir.

Saya masih ingat pada tahun 1999 apabila Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad, tergelincir dan jatuh ketika dia melangkah untuk memasuki pusat penamaan calon di Kemaman bagi memfailkan kertas pencalonannya. Orang Cina berkata ia adalah petanda yang tidak baik dan feng shui yang buruk. Ini bermakna Wan Mokhtar akan jatuh. Benar bagai dikata, bukan sahaja dia jatuh tetapi seluruh negeri itu pun tumbang juga.

Apa yang lebih menarik tentang semua ini adalah Mahathir benar-benar marah pada Mokhzani. Beliau dikatakan menyalahkan Mokhzani kerana bertindak bodoh dan tertangkap atas kesalahan "insider trading" ketika mereka perlu menyerang Najib habis-habisan dalam cubaan menggulingkan beliau.

Pendek kata, tindak balas Mahathir seolah-olah mempercayai bahawa Mokhzani bersalah. Tindakannya menunjukkan tuduhan ke atas Mokhzani bukan palsu dan bukan direka tetapi Mokhzani sebenarnya melakukan jenayah "insider trading". Dan kerana itu dia kini beliau merosakkan apa yang mereka cuba lakukan dengan mendedahkan kelemahan mereka yang membolehkan mereka diserang.

Kemungkinan yang mencetuskan serangan jantung Mahathir semalam adalah bila Mokhzani menyalahkan Mahathir atas masalah tersebut. Jika Mahathir tidak cuba "membunuh" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka tidak perlu takut. Jadi ia merupakan kesalahan Mahathir menyerang Najib dan bukan salah Mokhzani kerana melakukan jenayah "insider trading". Saya rasa walaupun hati yang kuat seperti Mahathir pun tidak boleh menerima dakwaan tersebut.

----------------------------------
Baca seterusnya disini
http://pakdin.my/mokhzani-antara-punca-tun-m-dikejarkan-ke-ijn/

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma