Mahasiswa melayu tali barut DAP, apa jadi dengan #PenangOfficial1 ?

Nampaknya, mahasiswa Melayu sekali lagi diperbodohkan apabila kini wujud satu gabungan yang kononnya mahu turun berhimpun untuk mendesak #TangkapMO1 pada 27 Ogos ini. Persoalanya sekarang, adakah mahasiswa melayu tali barut DAP ini tahu siapa itu #MalaysiaOfficial1 ?

Sehingga hari ini, Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat tidak langsung mengeluarkan kenyataan siapa yang mereka rujuk sebagai #MalaysiaOfficial1 namun nampaknya mahasiswa Melayu tali barut DAP ini lebih tahu siapa itu #MalaysiaOfficial1 berbanding DOJ. Mana dapat info?

Lebih pelik lagi, #MalaysiaOfficial1 yang dirujuk oleh mahasiswa Melayu tali barut DAP ini tidak lagi didakwa di mana – mana mahkamah didalam dunia. Namun, #PenangOfficial1 iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah didakwa di mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 (berkaitan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (pembelian sebuah unit banglo di Jalan Pinhorn di bawah nilai pasaran).

Peliknya. mahasiswa melayu tali barut DAP ini tidak pula mahu mewujudkan satu gabungan untuk turun berhimpun untuk mendesak #PenangOfficial1 ditangkap walaupun dengan terang telah didakwa di mahkamah dibawah akta pencegahan rasuah. Persoalanya, kenapa mahasiswa tali barut DAP ini perlu bersikap hipokrit?

Konklusinya, mahasiswa melayu pada masa ini perlu bijak menilai isu dan bukan hanya menjadi mahasiswa melayu tali barut DAP Akhirnya, yang rugi adalah mahasiswa melayu ini sendiri yang memperjuangkan DAP namun mahasiswa Cina menggunakan masa yang terluang untuk belajar dan mencapai cita – cita mereka. Akhirnya melayu juga yang menjadi bodoh di bumi sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma