BERSIH 5.0 WAJAR DIJALANKAN DI PULAU PINANG

1. Rakyat Pulau Pinang mahu agar penganjur demonstrasi jalanan Bersih, Maria Chin Abdullah menganjurkan himpunan Bersih 5.0 di Pulau Pinang berbanding Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

2. Blogger yang juga anak jati Pulau Pinang, Eric Woo turut menuntut Ketua Menteri Lim Guan Eng meletakkan jawatan ekoran beliau kini  didakwa di mahkamah kerana mengamalkan rasuah.

3. Menurut Eric, jika benar Bersih 5.0 mahu memberi tekanan terhadap akauntabiliti dan tindakan yang lebih besar, maka ia seharusnya dibuat di Pulau Pinang kerana di negeri tersebut ada seorang Ketua Menteri yang benar-benar telah didakwa ke mahkamah dibawah akta pencegahan rasuah dan kanun keseksaan.

4. Ujarnya lagi, beliau tidak faham mengapa BERSIH 5.0 tidak diadakan di Pulau Pinang dan tidak mahu mem'BERSIHkan' Ketua Menteri Lim Guan Eng yang telah didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah dan diikat jamin sebanyak RM1 juta. Menurutnya, Bersih 5.0 mesti diadakan di sini untuk mendesak Lim Guan Eng meletakkan jawatan sehingga perbicaraan selesai.

5. Menurut Eric lagi bahawa amat jelas BERSIH ini tidak ikhlas dan mempunyai motif jahat yang telah menyimpang dari prinsip asas BERSIH.

6. Berhubung isu rasuah Lim Guan Eng, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan turut melahirkan kekecewaannya terhadap sokongan berpilih pihak pembangkang dalam memperjuangkan hak rakyat.

7. Huan menyelar hipokrasi Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang kerap kali bercakap mengenai 'Malaysia Official 1' tetapi tidak pernah sama sekali menyentuh sebarang salah saku dan skandal melibatkan Lim Guan Eng.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL