SPRM Siasat Bapa Adun DAP Pulau Pinang Dakwaan Jadi Orang Tengah Rumah Kos Rendah

https://youtu.be/I0TuqewzsT4

GEORGE TOWN: Bapa kepada Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima rasuah bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah kos rendah dan mampu milik.

Difahamkan SPRM telah memanggil beberapa orang yang terlibat selepas klip video yang menunjukkan bapa Lim, Keat Seong sedang menjelaskan kepada individu tertentu bagaimana untuk "memotong barisan" di kawasan perumahan di negeri ini dengan membayar RM260 bagi borang permohonan dan wang untuk "Uncle Lim".

Suruhanjaya itu dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Difahamkan bahawa suruhanjaya itu telah mula mengumpul maklumat daripada mangsa dan individu yang dilihat dalam video berkenaan termasuk penjawat awam yang bertanggungjawab bagi perumahan di Pulau Pinang dan beberapa pemimpin Gerakan.

Lim adalah wakil rakyat penggal pertama dan ibu kepada lima anak.

Pada Isnin, Lim menegaskan bahawa sama ada beliau atau bapanya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kerajaan negeri meluluskan permohonan perumahan negeri.

Cubaan untuk menghubungi Keat Seong untuk mendapatkan penjelasan bagaimanapun tidak berjaya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL