[VIDEO] Pesawat terhempas di Nepal: 66 disahkan maut

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161834

Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad 15 Januari 2033.

Jurucakap Tentera Nepal Krishna Bhandari memberitahu Agensi Anadolu bahawa 66 mayat ditemukan dari lokasi nahas setakat ini.

Usaha mengesan enam orang lagi mangsa sedang giat dijalankan.

Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri Fanindra Mani Pokharel, memberitahu bahawa pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer dari barat Kathmandu.

Jurucakap Polis Nepal Tek Prasad Rai memaklumkan, anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas.

Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal melahirkan rasa sedih atas "kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara."

"Saya dengan tulus merayu kepada anggota keselamatan, semua agensi kerajaan Nepal, dan orang awam untuk memulakan penyelamatan yang berkesan," menurut ciapannya di Twitter.

Kedutaan India di Kathmandu pada Ahad mendedahkan maklumat yang diberikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal bahawa lima warga India menaiki penerbangan itu.

"Kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau keadaan," menurut misi itu.

https://twitter.com/KamaluddinIdrus/status/1614652432361091072?s=20&t=NQ6WxQ08kK5zZ7ZdeoZLNw



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma