[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama
[VIDEO] Aliran Kenderaan Meningkat, Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama
Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dilaporkan sesak sejak tengah hari tadi berikutan pertambahan kenderaan menuju ke Pantai Timur hari ini.
Jurucakap Lebuhraya Pantai Timur memberitahu, aliran trafik dilaporkan sesak menghala ke Kuantan iaitu 6.7 kilometer (km) dari km 20.8 ke km27.5 di Gombak dan 14.9 km dari km29.6 hingga km 44.5 di Gombak-Bukit Tinggi.
Keadaan sama turut berlaku di Lentang sepanjang 1.8km dari km45.7 hingga km47.5 dan 7.4km dari km 53.1 hingga km60.5 di Lentang-Bentong.
Sementara itu, di Lebuhraya Pantai Timur ( LPT1), aliran trafik dilaporkan lancar di kedua-dua hala lebuh raya berkenaan.
Dalam pada itu, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dilaporkan perlahan melibatkan kedua-dua arah selatan dan utara.
https://youtu.be/ApnJDuK-zCg
Jurucakap LLM memaklumkan, bagi arah selatan, trafik perlahan dari Nilai Utara ke Hentian Sebelah Senawang, Pedas-Linggi ke Hentian Sebelah Pedas-Linggi dan Ayer Keroh ke Jasin.
"Arah utara melibatkan Simpang Renggam ke Machap dan Senai ke Sedenak," katanya. - Getaran, 21 Januari 2023
Comments
Post a Comment