BUANG BAYI DALAM SEMAK DI MIRI

MIRI: Bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui di dalam semak di Jalan Tudan, Lutong di sini, petang tadi.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui pada 2 petang oleh orang awam yang terdengar tangisan bayi itu.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, sepasukan anggota polis ke lokasi selepas menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan antara dua hingga empat sebelum dibuang.

"Bayi berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL