Lawatan Rasmi Najib ke China Bersama Keluarga Atas Jemputan - Pakatun, ProTun dan Rafizi Lupa Madey Pun Bawa Keluarga

KELUARGA NAJIB DIJEMPUT DALAM LAWATAN RASMI KE CHINA


Keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak telah dijemput untuk menyertai beliau dalam lawatan rasminya ke China, kata pembantu kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Datuk Rizal Mansor berkata, Najib jarang-jarang membawa keluarganya turut serta dalam lawatan rasminya.

"Kerajaan China telah menjemput perdana menteri dan keluarganya untuk lawatan rasmi ini," kata Rizal.

"Bagi sesiapa yang biasa dengan budaya masyarakat Cina akan tahu bahawa ini adalah keinginan kerajaan negara itu menjalinkan keakraban melalui hubungan peribadi dan kekeluargaan," katanya.

Rizal berkata kepentingan hubungan itu memberi makna lebih besar yang dapat dilihat melalui peribahasa lama Cina yang bermaksud 'apabila anda minum air, fikirkan tentang puncanya'.
Katanya, kerajaan China amat menghargai pertalian hubungan moden antara negara itu dan Malaysia sejak kerajaan pimpinan bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein.

"Malaysia merupakan negara pertama di kalangan Asean yang menjalin hubungan diplomatik dengan Beijing pada 1974," katanya.

Beliau berkata adalah perkara biasa bagi pemimpin tertinggi China untuk mengiktiraf hubungan kekeluargaan dan membina hubungan antara China-Malaysia.

Walaupun perdana menteri jarang membawa keluarga, tetapi kata Rizal, adalah normal untuk beliau mahukan anak-anaknya ada bersama ketika lawatan panjang selama seminggu.

"Apatah lagi katanya jika lawatan itu dibuat selepas mendapat jemputan khas kerajaan asing untuk membawa keluarga," katanya.

Beliau berkata terdapat banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan yang akan ditandatangani kerajaan Malaysia dalam lawatan rasmi berkenaan dan memberi manfaat kepada Malaysia.

"Jadi mengapa perlu dibangkitkan soal kecil mengenai kedua anak mengikut beliau dalam lawatan ini?," katanya.

Ini merupakan lawatan rasmi ketiga oleh Najib ke China sejak 2009.

Rizal bagaimanapun tidak menyebut kenapa kenyataan itu dikeluarkan, tetapi ia dilihat sebagai satu tindakan susulan selepas laporan di media sosial bahawa lawatannya rasminya turut disertai oleh anak-anaknya, termasuk anak Rosmah, Riza Aziz.

Penyertaan Riza dikesan melalui gambar ketibaan Najib dalam penerbangan pesawat kerajaan di Beijing di Twitter.

Selain itu, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli juga mempersoalkan perkara ini di Dewan Rakyat pada Selasa.

Lawatan Najib dan keluarga atas jemputan China
Lawatan Najib dan keluarga atas jemputan China

http://my1foto.penerangan.gov.my/stock-photo/lawatan-rasmi-perdana-menteri-datuk-seri-mahathir-mohamad-ke-china-332826.html

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL