700 nyawa Palestin terkorban dalam tempoh 24 jam


700 nyawa Palestin terkorban dalam tempoh 24 jam

BACA seterusnya disini: https://pakdin.my/168960

GAZA - Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza, semalam Israe, menurut pegawai Palestin.

Memetik laporan berita Al Jazeera, jumlah kematian itu merupakan angka yang tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak Zionis Israel menyerang tanpa henti pada 7 Oktober lalu.

Tentera Israel berkata, pihaknya menyerang lebih daripada 400 "sasaran Hamas" dan mengorbankan berpuluh-puluh pejuang Hamas.

Zionis Israel turut memberi amaran bahawa akan mengambil masa untuk mencapai matlamat mereka menghapuskan rakyat Palestin. Kementerian kesihatan di Gaza, berkata sekurang-kurangnya 5,791 rakyat Palestin, termasuk 2,360 kanak-kanak, terbunuh dalam serangan bertubi-tubi oleh Israel.

Menurut kementerian itu, dalam tempoh 24 jam sahaja, seramai 704 penduduk Palestin terbunuh dalam satu kejadian serangan udara semalam.

Jurucakap kementerian, Ashraf Al-Qidra berkata, ia merupakan jumlah kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam yang telah memasuki minggu kedua serangan Israel.

Tentera Israel berkata, tiga timbalan pejuang Hamas berpangkat komander dibunuh dalah serangan itu.

Dalam satu serangan semalam telah menggegarkan sebuah bangunan kediaman empat tingkat di selatan bandar Khan Younis.

Kejadian serangan udara itu telah membunuh sekurang-kurangnya 32 orang dan mencederakan puluhan yang lain, kata mangsa yang terselamat kepada agensi berita The Associated Press.

Sementara itu, di Bandar Gaza, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh yang menyerang rumah keluarga Bahloul.

Menurut mangsa yang terselamat, terdapat puluhan lagi mangsa masih tertimbus dalam kejadian itu.

Kelihatan penduduk menarik sekurang-kurangnya dua kanak-kanak untuk keluar dari bangunan yang runtuh itu.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL