[VIDEO] Kerajaan kenal pasti keluasan tanah untuk aktiviti agromakanan - Ahmad Zahid
Kerajaan kenal pasti keluasan tanah untuk aktiviti agromakanan - Ahmad Zahid
BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165112
Kerajaan menerusi Felcra Berhad sedang mengenal pasti keluasan tanah yang mencukupi untuk digunakan sebagai aktiviti agromakanan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hal ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada peserta Felcra dan generasi seterusnya sebagai tenaga kerja dalam bidang terbabit.
"Saya telah tetapkan tanggungjawab baharu kepada Felcra untuk bantu kerajaan dan rakyat dengan menjadi sebuah agensi yang melakukan aktiviti pengeluaran bahan makanan selain membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mengurangkan import bahan makanan seperti beras daging, ayam dan telur.
"Kita bukan nak bersaing dengan pengeluar sedia ada tetapi sekadar kurangkan kos sara hidup dan untuk tentukan bahawa soal keterjaminan makanan ini tidak bermusim sama ada musim raya atau sebaliknya," katanya.
VIDEO berkaitan:
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felcra Berhad di Bukit Tiu, di sini hari ini, yang turut dihadiri, Pengerusi Felcra Berhad Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Ahmad Zahid berkata Felcra yang turut mempunyai entiti perniagaan lain akan terus dipantau beliau untuk mengembangkan lagi urus niaga agensi terbabit.
"Setakat ini, kita sudah memiliki 3,000 hektar estet padi di Perak dan sudah mengenal pasti sebanyak 12,000 hektar di Sarawak dan 6,000 hektar di Sabah untuk dijadikan estet padi," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai masalah bekalan air di Kelantan, Ahmad Zahid berkata kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM1 bilion kepada negeri itu bermula tahun ini.
"Peruntukan itu akan dilakukan secara tata kelola dan terus, manakala dari segi operasi kita serahkan kepada Kementerian Kewangan," katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah berkaitan bekalan air untuk pengguna di Kelantan, dan ia perlu diselesaikan tanpa mengira fahaman politik.
Comments
Post a Comment