Serangan menggunakan api menyebabkan kebakaran di 23 lokasi di Selatan Thailand


Serangan menggunakan api menyebabkan kebakaran di 23 lokasi di Selatan Thailand

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164179

Sebanyak 23 lokasi di wilayah paling selatan Thailand dilanda serangan mengunakan api lewat malam Khamis, mengakibatkan menara antena telefon mudah alih dan tiang elektrik serta tayar terbakar.

Insiden itu berlaku antara 9 malam dan 11 malam, kata pegawai pada hari Jumaat 12 Mei 2023.

Kawasan yang terjejas termasuk tujuh lokasi di daerah Muang, Raman dan Than To di Yala; dua belas lokasi di daerah Muang, Nong Chik, Sai Buri dan Yarang di Pattani; dan empat lokasi di daerah Muang, Rueso dan Tak Bai di Narathiwat.

Walaupun isyarat telefon mudah alih terganggu seketika di beberapa lokasi, tiada laporan mengenai terputus bekalan elektrik.

VIDEO berkaitan

https://youtu.be/Vupb5gXS95s

Sepanduk yang mengandungi mesej "Demokrasi ialah keamanan Patani" turut digantung di daerah Chana, Na Thawi, Saba Yoi dan Thepha di wilayah Songkhla berdekatan.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma