ICQS Rantau Panjang sesak kerana 'fenomena Hatyai'

 


ICQS Rantau Panjang sesak kerana 'fenomena Hatyai'

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170726

RANTAU PANJANG: Pintu sempadan Malaysia - Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang di sini, sesak dengan ribuan pelancong dari dalam negara mahu bercuti di Hatyai, Thailand.

Tinjauan ke lokasi hari ini, mendapati orang ramai mula berkumpul seawal 5.30 pagi, menunggu pagar sempadan yang dibuka pihak berkuasa, 7 pagi, selain berlaku kesesakan kenderaan sejauh lebih satu kilometer (km).

Seorang pelancong, Fatin Nabila Sabri, 31, berkata, dia bersama 11 rakan lain menaiki van dari Kuantan, Pahang, untuk melancong ke Thailand dan sampai 3 pagi, di sini, sebelum beratur untuk memasuki pintu sempadan.

"Kami sudah sedia maklum bahawa akan berlaku kesesakan untuk proses pengesahan pas sempadan atau pasport selepas melihat situasi ini mula tular di media sosial. Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat kami untuk bercuti ke Hatyai.

"Sekitar 6.30 pagi, saya dapat melihat orang ramai dari pelbagai negeri berpusu-pusu sampai untuk memasuki Thailand, dan kebanyakan yang saya temui adalah mereka yang mahu melancong ke lokasi sama iaitu Hatyai.

"Alhamdulillah, dengan adanya anggota keselamatan seperti pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kami berasa selamat dan urusan di pintu masuk berjalan lancar," katanya ketika ditemui di ICQS Rantau Panjang, di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi Rosni Ibrahim, 44, dia dan keluarga mengambil keputusan ke Hatyai hari ini kerana sudah menyangkakan kesesakan hanya berlaku pada semalam, namun tidak menyangka hari ini tidak kurang ramainya.

"Saya dan keluarga bertolak dari Kota Bharu dan sampai di pintu sempadan ICQS, awal, iaitu pada 6 pagi, namun terkejut kerana melihat sudah ramai orang berkumpul di hadapan pintu.

"Ini adalah kali pertama kami mahu ke Hatyai dan sudah merancang sejak beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya, saya sendiri dapat mengagak akan berlaku kesesakan memandangkan sekarang adalah waktu cuti sekolah dan ramai ambil peluang untuk melancong.

"Kami tidak kisah untuk beratur di sini, asalkan impian untuk ke Hatyai tercapai selepas sekian lama melihat kemeriahan lokasi pelancongan berkenaan melalui media sosial," katanya.

Pintu ICQS Rantau Panjang difahamkan sesak setiap kali cuti sekolah kerana menjadi tumpuan pelancong untuk memasuki Thailand yang majoritinya mahu ke Hatyai sama ada secara persendirian atau ejen pelancongan


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma