🎦 Pengantin lelaki, wanita dirasuk semasa majlis perkahwinan


🎦 Pengantin lelaki, wanita dirasuk semasa majlis perkahwinan

BACA di: https://pakdin.my/173803

JAKARTA – Seorang pengantin wanita tiba-tiba menari sambil disaksikan oleh suaminya ketika mereka menunggu untuk bergerak ke pelamin dalam majlis perkahwinan di Barabai, Kalimantan Selatan, lapor portal berita Tribun Trends semalam.

Ketika menari, pengantin wanita itu ketawa dan bercakap dengan suara tidak jelas sehingga menyebabkan tetamu majlis tersebut kebingungan. Ada antara mereka yang cuba untuk menenangkan mangsa tetapi tidak berjaya.

Kejadian itu turut dirakam  dan disiarkan  di laman TikTok menerusi akaun @veranadia.anggi.

Tidak lama kemudian, pasangannya turut dirasuk dan menari tetapi seorang wanita separuh usia  bertindak menepuk-nepuk punggung lelaki tersebut.

Dia kemudian  duduk di atas lantai dan dengan nada marah,  meminta bunga kembang tujuh rupa.

Permintaan pengantin lelaki itu kemudian dipenuhi dan rasukan itu berakhir selepas kepala  pengantin lelaki dan perempuan  bersentuhan. kedua-dua mereka kemudian sedarkan diri.

Video itu mendapat tiga juta tontonan bersama 117 tanda suka dan ratusan komen di laman TikTok. – AGENSI 

@pakdin.my Pengantin lelaki, wanita dirasuk semasa majlis perkahwinan #Rasuk #Pakdinmy ♬ original sound - pakdin.my

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL