🎦 Kejadian puting beliung cemaskan penduduk


🎦 Kejadian puting beliung cemaskan penduduk

BACA sini: https://pakdin.my/170585

JITRA: Kejadian puting beliung dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di daerah ini ketika hujan seperti yang ditular di media sosial sehingga mencemaskan penduduk.

Berdasarkan rakaman videoi, kejadian puting beliung itu dipercayai berlaku di kawasan sawah lapang yang menunjukkan pusaran angin sekitar jam 5 petang.

Beliau berkata, namun setakat ini maklumat daripada penghulu Mukim Binjal mendapati kejadian puting beliung itu berlaku di kawasan sawah padi.

"Setakat ini anggota APM Kubang Pasu sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian.

"Malah hasil pemantauan yang dilakukan mendapati, hanya sebuah rumah di kawasan terjejas mengalami kerosakan pada bumbung akibat kejadian itu," katanya.

Ini adalah kejadian kedua yang berlaku dalam tempoh seminggu apabila kejadian pertama berlaku pada 29 Oktober lalu di Kodiang menyebabkan kira-kira 10 rumah di kawasan Pida 2 dan 3 rosak teruk selepas bumbung rumah mereka diterbangkan angin.

Bagaimanapun kejadian itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, setakat ini Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kubang Pasu tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam berhubung kejadian itu berhubung kerosakan rumah penduduk

https://youtube.com/shorts/qgBBivPBXVo


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL