“Buat muka untuk apa, bukan super star pun” - Nurul Zahid jawab tuduhan bapa jalani pembedahan kosmetik


“Buat muka untuk apa, bukan super star pun” - Nurul Zahid jawab tuduhan bapa jalani pembedahan kosmetik

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166350

KECOH di media sosial apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil dengan mata kelihatan bengkak dan lebam.

Namun teka-teki itu terungkai apabila anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tampil menjelaskan bapanya mengalami kerosakan saraf optik dan memerlukan pembedahan.

“Saraf mata dia tak function (berfungsi). Sebab tu mata dia jadi 'jatuh'. Buat muka buat apa, bukan super star pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata, kena la buat sesuatu.

"Tapi biasalah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar," tulisnya membalas komen netizen di Instagram.

Bukan itu sahaja, Nurulhidayah juga menjelaskan bahawa sebagai ahli politik, Zahid perlu kuatkan semangat walaupun sakit kerana memikul tanggungjawab besar yang diamanahkan.

Nurulhidayah berkata bapanya masih dalam proses pemulihan dan tidak berehat lama selepas pembedahan mata.

Pada 22 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengesahkan Zahid bercuti selama dua minggu.

Namun Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk sekali lagi mencuri tumpuan apabila dilihat tampil memakai cermin mata hitam di Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke 23 di Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL