Lelaki Nepal dibunuh, didakwa suka curi duit, lambat buka pintu


Lelaki Nepal dibunuh, didakwa suka curi duit, lambat buka pintu

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166501

MELAKA – Gara-gara dendam kerana didakwa sering mencuri duit dan lambat membuka pintu rumah, seorang pembantu kedai makan warga Nepal dipercayai dibunuh rakannya menggunakan kayu dan kabel telefon di sebuah rumah kedai di Batu Berendam, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, maklumat berhubung kejadian diterima daripada majikan si mati yang menghubungi talian kecemasan MERS 999 pada pukul 6.42 petang.

Katanya, pemeriksaan pegawai serta anggota yang bergegas ke lokasi menemukan seorang lelaki warga Nepal berusia 32 tahun di dalam tandas di premis berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai telah mati.

“Mayat si mati awalnya telah ditemui oleh majikan yang datang ke premis tersebut untuk mencarinya selepas lelaki berkenaan tidak datang bekerja.

“Dia bagaimanapun ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas dalam keadaan tidak berbaju dan terdapat sebatang kayu serta kabel telefon berhampirannya. Hasil siasatan awal kita percaya si mati telah dibunuh,” katanya dalam satu kenayataan dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, atas maklumat diberikan majikan, polis berjaya mengenal pasti serta mengesan lokasi suspek sebelum memberkasnya di dalam sebuah bas di hentian rawat dan rehat (R&R) Pedas Linggi, Negeri Sembilan.

“Suspek merupakan rakan sekerja si mati berusia 20 tahun dan diberkas ketika berada di dalam sebuah bas, dipercayai cuba melarikan diri ke utara.

“Hasil soal siasat kejadian dipercayai berlaku gara-gara dia tidak berpuas hati dan berdendam dengan si mati yang didakwa selalu meminjam dan mencuri duitnya, selain selalu lambat untuk membuka pintu rumah apabila dia pulang,” katanya.

Ujarnya, suspek kini ditahan dan direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma