[VIDEO] SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta sogokan lulus surat warganegara



[VIDEO] SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta sogokan lulus surat warganegara

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166483

PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai khas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah RM25,000 sebagai dorongan untuk mendapatkan surat kelulusan bagi permohonan taraf kewarganegaraan.

Sumber memberitahu, penjawat awam berusia 40-an itu yang berkhidmat dengan menteri pada 2019 ditahan kira-kira pukul 5 petang Selasa, di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari sehingga 14 Julai ini, di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek meminta wang sogokan daripada seorang lelaki tempatan yang membuat permohonan taraf kewarganegaraan untuk anak kandungnya.

"Pada bulan Jun lalu, suspek telah menghubungi individu terlibat yang memohon taraf kewarganegaraan bagi anaknya sejak 2015.


"Suspek memaklumkan bahawa surat kelulusan permohonan taraf warganegara sudah ada padanya namun meminta pengadu untuk membayar wang sejumlah RM25,000 sebelum menyerahkan surat kelulusan tersebut," kata sumber itu.

Tambah sumber, penahanan suspek dibuat hasil pendedahan dan gesaan Perdana Menteri agar SPRM menyiasat lanjut berhubung amalan rasuah oleh segelintir pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi di sini pada Rabu mengesahkan penahanan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan menerima maklumat ada unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warganegara dikenakan bayaran tertentu.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL