[VIDEO] Pakatan Harapan buat laporan polis terhadap ucapan pemimpin PAS


[VIDEO] Pakatan Harapan buat laporan polis terhadap ucapan pemimpin PAS

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166124

KUALA LUMPUR -- Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Romli berikutan ucapannya semasa Himpunan Kedah Berselawat Sabtu lepas.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketua Biro Mobilisasi Pusat Media PH Kapten (B) Muhammad Yahaya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pagi tadi.

Menurut Muhammad laporan berkenaan dibuat susulan ucapan Syeikh Zainul Asri yang menyebut semoga Allah mempertahankan Kedah daripada jatuh ke tangan musuh Allah.

Katanya ungkapan berbaur propaganda berkenaan seolah-olah menggambarkan hanya PAS dan Perikatan Nasional sahaja bersama Allah manakala parti yang lain adalah musuh Allah.

Menurutnya ungkapan berkenaan yang dibuat ketika negeri berkenaan sedang bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya negeri dilihat amat tidak sihat dan boleh menyemai perasaan benci dan ekstremisme kepada rakyat.


"Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera terhadap individu berkenaan selain mengharamkan penggunaan istilah agama dalam kempen pilihan raya negeri yang akan datang," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan di IPD Dang Wangi di sini hari ini.

Muhammad berkata penggunaan istilah agama perlu dihentikan ketika berpolitik kerana ditakuti akan disalah erti dan membawa kepada keganasan dan ekstremis agama.

"Penggunaan istilah agama seperti ini perlu dielakkan dalam pilihan raya negeri akan datang bagi menjaga keharmonian negara," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL