Leher wanita hampir putus disembelih kekasih gelap, suspek turut hadir semasa tahlil dan pengebumian mangsa


Leher wanita hampir putus disembelih kekasih gelap, suspek turut hadir semasa tahlil dan pengebumian mangsa

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165516

SEORANG wanita ditemui maut dengan leher hampir putus di hadapan rumahnya di Bangkalan, Jawa Timur dekat Indonesia dipercayai disembelih kekasih gelap.

Ketua Polis Daerah Bangkalan, Asisten Komisioner Febri Isman Jaya berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Hotimah, 39, ditemui ibunya pada Isnin dalam keadaan cedera di leher dan perut.

Beliau berkata, suspek yang dikenali sebagai Sonny Safaat, 25, ditahan di kediamannya yang terletak tidak jauh dari kawasan tempat tinggal mangsa.

Katanya, suspek ditahan selepas pihak polis melakukan siasatan dengan saksi dan membuat pemeriksaan ke atas telefon milik mangsa.

“Daripada siasatan, polis menemui bukti bahawa suspek merupakan orang terakhir bertemu dengan mangsa.

VIDEO berkaitan:


“Polis turut menggeledah rumah suspek dan menemui beberapa bukti seperti pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya memetik laporan Detik.com.

Jelasnya, siasatan mendapati suspek turut hadir ketika majlis tahlil dan upacara pengebumian mangsa.

Katanya lagi, sebelum pembunuhan berlaku, suspek telah membawa sebilah pisau ketika berjumpa dengan mangsa.

“Suspek kemudian pulang ke rumah setelah membunuh mangsa.

“Saat penduduk menemui mayat mangsa, suspek datang ke tempat kejadian dan turut melihat proses mangsa diangkat oleh pihak berkuasa,” ujarnya.

Febri berkata, pihaknya memanggil enam saksi termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan.

Menurut Forensik Hospital Syamrabu Bangkalan, Dr Edi Suharto berkata, hasil bedah siasat terhadap mangsa mendapati punca kematian akibat dikelar di leher.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL