Disangka jumpa mayat, rupanya patung lilin menyerupai perempuan

 


Disangka jumpa mayat, rupanya patung lilin menyerupai perempuan

[Sumber: https://pakdin.my/?p=154528]

Penemuan satu bungkusan menyerupai mayat manusia yang ditemukan petugas pembersihan di Seksyen 27, Shah Alam, hari ini, disahkan hanyalah patung lilin berbentuk perempuan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib, berkata siasatan mendapati bungkusan yang dikatakan mayat manusia itu ditemui oleh petugas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management, jam 3 petang tadi.

“Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati bungkusan tersebut hanyalah berisi patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut dan plastik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, susulan itu kes berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘No Offence Disclosed’ (NOD), memandangkan tiada sebarang kesalahan jenayah berlaku.

Kenyataan pihak polis itu dibuat bagi meredakan salah tanggap selepas penemuan bungkusan itu viral di media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar tersebut,” kata Baharudin.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL