[Video] Tembok Bangi Wonderland runtuh akibat ribut


[Video] Tembok Bangi Wonderland runtuh akibat ribut

[Sumber: https://pakdin.my/?p=154712]

BANGI - Tembok taman tema air, Bangi Wonderland dilaporkan runtuh pada petang Ahad dipercayai disebabkan angin kuat.

Beberapa video serta gambar berkenaan kejadian tersebut tular di Facebook serta Twitter.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4 petang melibatkan sebahagian tembok di bahagian luar taman tema itu runtuh sehingga memenuhi bahagian tepi jalan raya.

"Tiada mangsa terlibat dalam insiden tersebut dan kerja pembersihan serta mengalihkan runtuhan itu sedang giat dijalankan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi memaklumkan pihaknya tidak menerima panggilan berhubung kejadian tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因