Sebak dapat sertai semula Umno


Sebak dapat sertai semula Umno 

- Baca seterusnya di: https://pakdin.my/155339 -

LANGKAWI: Selepas empat tahun meninggalkan Umno, bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid memohon untuk menyertai semula parti itu.

Mohd Rawi menyerahkan borang keahlian kembali menyertai Umno kepada Setiausaha Umno Bahagian Langkawi, Nordin Ali di Auditorium Kompleks Kraf Langkawi di sini, petang ini.

Turut menyertai semula Umno ialah bekas Naib Ketua Puteri Umno Bahagian Langkawi, Nur Aini Ahmad Ridzuan, bekas Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Lalang, Abdul Razak Mohd Rafie dan Zainon Bidin.

Mohd Rawi yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Langkawi kelihatan sebak sepanjang majlis pengumuman menyertai semula parti yang turut dihadiri kira-kira 50 ahli Umno.

"Saya keluar (Umno) pada 20 Disember 2018 dan keputusan masuk semula dibuat pada 2019 selepas berjumpa dengan bekas Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak ketika beliau bercuti Aidilfitri di Langkawi.

"Saya kemudian menulis surat rayuan (masuk Umno) pada 20 Mei 2020 dan mendapat jawapan daripada Ibu Pejabat Umno pada 18 Januari 2021," katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman di sini.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hangat selama dua penggal itu berkata, rayuannya kemudian diluluskan pada Mesyuarat Umno Bahagian Langkawi 18 Disember lalu.

"Saya insaf atas kesilapan yang dilakukan, bagaimanapun saya tidak pernah menyerang Umno atau pimpinannya di peringkat bahagian, negeri dan pusat.

"Saya bersama rakan-rakan yang masuk semula Umno hari ini berjanji membantu parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL