[Video] Polis cari 2 lelaki sebabkan kemalangan maut dan samun di LPT2


[Video] Polis cari 2 lelaki sebabkan kemalangan maut dan samun di LPT2

 - https://pakdin.my/155136 -

POLIS Kemaman kini mengesan dua lelaki yang melarikan diri selepas terbabit dalam satu kemalangan maut di Kilometer 269, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan (gambar kecil) berkata, mangsa Zokafli Ahmad, 57, yang merupakan pesara Petronas maut di tempat kejadian akibat kecedaraan parah di kepala.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.15 petang, ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke Kerteh dari Kuantan telah dirempuh sebuah Perodua Myvi sebelum motosikal terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Ujarnya, pemandu dan penumpang Myvi bagaimanapun bertindak melarikan diri menghala susur keluar Plaza Tol Cheneh.

Tambahnya, saksi kejadian melihat kelibat kedua-dua suspek berhenti di tepi jalan susur lebuh raya dan turun dari kenderaannya untuk bertanyakan mengenai kemalangan terbabit.

“Secara tiba-tiba pemandu dan rakan bertindak melarikan diri dengan kereta saksi ke arah Plaza Tol Cheneh dengan merempuh palang tol,” katanya.

Sehubungan itu, Hanyan berkata, hebahan telah dibuat bagi mengesan sebuah Nissan Grand Livina bernombor pendaftaran TAR7373 yang disamun kedua-kedua suspek.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun”.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL