Perancis haramkan jualan iPhone 12 sehingga notis lanjut dikeluarkan


Perancis haramkan jualan iPhone 12 sehingga notis lanjut dikeluarkan

 Baca seterusnya di: pakdin.my/167467

GENEVA: Perancis pada Selasa mengarahkan Apple menarik balik penjualan iPhone 12 selepas ujian mendapati model itu menghasilkan tahap sinaran melebihi had, lapor Agensi Anadolu.

“Pemasaran iPhone 12 telah dihentikan di Perancis sehingga Apple menawarkan kemas kini untuk semua peranti yang terjejas,” kata Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Jean-Noel Barrot di X (dahulunya Twitter).

Barrot meminta Agensi Frekuensi Kebangsaan (ANFR), iaitu badan pemerhati radiasi Perancis untuk “menguatkuasakan peraturan itu demi memastikan larangan ini dihormati.”

Terdahulu, ANFR memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa baru-baru ini ia menyemak Kadar Penyerapan Khusus (SAR) 141 telefon, termasuk iPhone 12.

SAR mengukur tenaga yang dikeluarkan oleh gelombang elektromagnet dan diserap oleh tubuh manusia.

“Kegagalan ini, Apple akan dikehendaki menarik balik mana-mana unit yang telah dijual,” menurut ANFR.

Di Eropah, apabila telefon dipegang di tangan atau dalam poket seluar, ia mesti mempunyai tahap sinaran 4 watt sekilogram, manakala ANFR mendedahkan bahawa jumlah sinaran dikeluarkan iPhone12 sekitar 5.74 W/kg

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL