Luaskan sumber hasil negara, GST perlu diperkenalkan semula


Luaskan sumber hasil negara, GST perlu diperkenalkan semula

BACA seterusnya di: pakdin.my/167428

Kerajaan perlu melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan sebelum ini bagi meluaskan sumber hasil negara.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Anak Mongin berkata, Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen bulan depan juga wajar disokong bagi menambah baik pengurusan hutang.

"Untuk kemampanan fiskal dan sistem kewangan, saya amat bersetuju dengan saranan supaya memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal agar negara dapat menggalakan tadbir urus fiskal akauntibiliti dan ketelusan bagi memastikan kemampanan fiskal serta menyokong kestabilan makroekonomi.

"Saya juga ingin sekali lagi mencadangkan, demi untuk memperluaskan hasil negara, negara perlu pertimbangkan pelaksanaan GST pada kadar 3 hingga 4 peratus," katanya dalam sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambah Willie lagi, selain kerajaan perlu fokus kepada pembangunan ekonomi, intergriti juga perlu ditingkatkan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan serta salah laku.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL