[VIDEO] Banjir di Hong Kong, lebih 1,000 ekor babi mati


[VIDEO] Banjir di Hong Kong, lebih 1,000 ekor babi mati

BACA seterusnya di: pakdin.my/167366 -

HONG KONG - 10 September- Banjir di Hong Kong disebabkan Taufan Haikui mengakibatkan lebih 1,000 ekor babi mati di sebuah ladang pada Sabtu 9 September 2023.

Pemilik ladang berkenaan dikenali Tse berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menutup perniagaan keluarganya yang berusia berdekad-dekad selepas mengalami kerugian lebih HK$3 juta (AS$382,000).

"Paras air meningkat dengan cepat disebabkan Taufan Haikui, menyebabkan haiwan ternakan itu mati.

"Pekerja ladang terpaksa meninggalkan haiwan ternakan untuk menyelamatkan diri.

"Ladang tersebut pernah mengalami banjir, tetapi banjir kali ini paling teruk dalam sejarah.


Sementara itu, pekerja bertungkus lumus selama berjam-jam untuk menyelamatkan beribu-ribu babi di sebuah ladang di China yang dilanda banjir, hanya berjaya menyelamatkan sebahagian daripadanya untuk dihantar ke pusat penyembelihan pada hari yang sama.

Pekerja penyelamat berusaha selama hampir satu hari untuk menyelamatkan sebahagian daripada babi dibantu oleh pekerja syarikat pertanian Xishang Group dan sukarelawan berhampiran, laporan People's Daily Online. Walau bagaimanapun, lebih 1,000 daripadanya dijangka disembelih malam itu juga.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL