Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin

BACA seterusnya di: pakdin.my/167133 -

Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn berkenan meringankan tempoh ke atas bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra kepada satu tahun,, sehari selepas jutawan itu mengemukakan permohonan untuk pengampunan.

Ahli politik paling terkenal negara itu kembali ke Thailand minggu lalu selepas 15 tahun hidup dalam buangan di luar negara untuk mengelak hukuman penjara selepas dia digulingkan oleh tentera pada 2006.

Thaksin tiba dengan jet peribadi dan pada hari sama, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas bekas Perdana Menteri itu atas pertuduhan rasuah.

Pada hari pertama di wad perubatan di Penjara Reman Bangkok, beliau dimasukkan ke Hospital Besar Polis kerana masalah kesihatan selepas mengadu mengalami sakit dada, darah tinggi, tahap oksigen dalam darah yang rendah dan insomnia.

Pegawai perubatan penjara berkata, Thaksin memerlukan pemantauan rapi.

Pada Khamis, bekas perdana menteri itu mengemukakan permintaan untuk memohon pengampunan diraja.

Thaksin "seorang perdana menteri, telah berbuat baik untuk negara dan rakyat serta setia kepada monarki," kata warta diraja pada Jumaat.

"Dia menghormati proses itu, mengakui kesalahannya, bertaubat, menerima keputusan mahkamah. Sekarang ini dia sudah tua, mempunyai penyakit yang memerlukan penjagaan daripada profesional perubatan," katanya.

Walaupun berada di luar selama 15 tahun, Thaksin kekal sebagai tokoh berpengaruh dalam dasar Thailand dengan parti yang setia kepadanya memenangi setiap pilihan raya sejak 2001 hingga tahun ini.

Kepulangannya membayangi undi di parlimen yang melantik sekutu politik Srettha Thavisin daripada parti Pheu Thai yang disokong Shinawatra, sebagai perdana menteri.

Srettha, seorang taikun hartanah, menerima sokongan daripada pihak pro-tentera dan konservatif yang mempunyai kaitan dengan jeneral sama yang menggulingkan kerajaan Thaksin pada 2006 dan 2014.

Kepulangan Thaksin telah mencetuskan spekulasi bahawa dia telah mencapai perjanjian dengan seteru itu dalam kalangan jeneral berkuasa negara dan elit wang lama yang konservatif.

"Adalah rahmat daripada baginda yang menunjukkan belas kasihan kepada Thaksin," kata peguam bekas pemimpin itu, Winyat Chatmontri kepada Reuters, merujuk kepada Raja Maha Vajiralongkorn.

“Thailand harus menerima dan tidak mengkritik keputusan ini kerana ia boleh dianggap sebagai pencabulan kuasa diraja,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL