Perhimpunan Selamatkan Malaysia tidak patuh akta


Perhimpunan Selamatkan Malaysia tidak patuh akta

Baca seterusnya di: pakdin.my/167866

Penganjuran Himpunan Selamatkan Malaysia di ibu negara hari ini didapati tidak mematuhi undang-undang diperuntukkan mengikut Akta Perhimpunan 2012.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid perhimpunan yang bermula seawal pukul 1.00 tengah hari itu berarak dari Masjid kampung Baru dan berakhir sekitar pukul 3.30 petang di hadapan Kompleks Sogo.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kekecohan.

Namun penganjur penganjur himpunan berkenaan tidak mematuhi garis panduan pemakluman kepada pihak polis.

“Mengikut Seksyen 9 penganjur perlu kemukakan permohonan dan Jadual 4 dalam Seksyen 10 pula ada format yang penganjur kena patuhi yang telah diperuntukkan undang-undang, mereka kena ikut format itu.

“Antaranya kena nyatakan dengan jelas siapa penganjur, kena dapatkan kebenaran pemilik premis dan tanah di kawasan perhimpunan diadakan, seterusnya sertakan sekali kebenaran itu dalam permohonan yang dibuat,” katanya.

Datuk Allaudeen berkata, pihaknya akan meneliti beberapa perkara sebelum mengambil tindakan susulan berhubung himpunan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma