[VIDEO] Kunjungan Agong, Raja Permaisuri ke Bintulu
[VIDEO] Kunjungan Agong, Raja Permaisuri ke Bintulu
BACA seterusnya di: pakdin.my/167389 -
BINTULU - "Kembara Kenali Borneo" Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Sarawak memasuki hari ke-4, hari ini.
Rombongan Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, telahpun tiba di Bintulu semalam, selepas menjelajahi Miri.
Lokasi pertama persinggahan Seri Paduka Baginda berdua adalah Kampung Penan Muslim, Batu 10, Jalan Bintulu-Miri, bagi menyantuni rakyat di perkampungan itu.
Rombongan pasangan Diraja itu turut singgah di Nyabau Interchange Bintulu untuk sesi bergambar.
Hari ini, konvoi Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan menyantuni rakyat di Rumah Raymond Plen, Sungai Gelam di Sebauh, kira-kira 44km dari Bintulu dan seterusnya berkenan singgah di Masjid Ibadah, daerah Tatau.
Kunjungan Baginda berdua, ke bahagian Bintulu pastinya akan menjadi kenangan terindah bagi masyarakat setempat.
Selepas menyantuni rakyat di Bintulu, rombongan Diraja akan meneruskan perjalanan ke bahagian Sibu.
Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
@ulekmayang.com PAKDIN.MY - KEMBARA KENALI BORNEO - HARI KE-9 11 September 2023 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta rombongan Kembara Kenali Borneo diberi sambutan cukup meriah oleh warga Bintulu pada jam 10.30 pagi ketika dalam perjalanan menuju ke Rumah Panjang Raymond Plen, Tatau, Bintulu, Sarawak. #royal #malaysia #kembarakenaliborneo
♬ original sound - ulekmayang.com
Comments
Post a Comment