PRK Pulai & Simpang Jeram: Penggunaan logo PH-BN bukti kerjasama parti


PRK Pulai & Simpang Jeram: Penggunaan logo PH-BN bukti kerjasama parti

BACA seterusnya di: pakdin.my/167143 -

Penggunaan logo Barisan Nasional (BN) dalam risalah Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai menjadi bukti hubungan baik kedua-dua parti bawah Kerajaan Perpaduan.

Menurut caloh PH Suhaizan Kaiat, ia seterusnya memberi pemahaman kepada ahli-ahli sedia ada, mengenai kerjasama antara PH-BN bagi memenangi PRK kali ini.

"Kita wujudkan pendekatan seperti itu untuk menggambarkan muafakat bawah Kerajaan Perpaduan. Ia juga sebagai kaedah memudahkan pemahaman," katanya kepada pemberita di sini.

Cetakan risalah sempena kempen PRK di Parlimen Pulai telah meningkat daripada 10,000 kepada 40,000 risalah sehingga kini.

Pendekatan itu disambut baik oleh masyarakat kerana pengedaran risalah merupakan satu keperluan untuk meraih sokongan pengundi.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL