[VIDEO] Helikopter tentera laut Pakistan terhempas, tiga anak kapal maut


[VIDEO] Helikopter tentera laut Pakistan terhempas, tiga anak kapal maut

BACA seterusnya di: pakdin.my/167333 -

ISLAMABAD - Sebuah helikopter tentera laut Pakistan terhempas di bandar barat daya negara itu dipercayai disebabkan kerosakan mekanikal yang membunuh tiga anak kapal, semalam.

Jurucakap tentera laut berkata, 'Sea King' dalam penerbangan latihan di bandar pelabuhan Gwadar dekat wilayah Balochistan telah terhempas kira-kira pukul 10.00 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan awal, ia terhempas selepas mengalami kebakaran enjin serta kehilangan ekor belakangnya.

"Kemalangan kemungkinan berpunca daripada kerosakan teknikal yang mengorbankan dua pegawai dan seorang anak kapal," jelas jurucakap itu.

Balochistan adalah provinsi terbesar di Pakistan yang sangat 'ketenteraan' kerana skim pelaburan besar-besaran dari China di wilayah tersebut yang kerap menjadi sasaran pemberontak pemisah.


September lalu, enam anggota tentera terbunuh di wilayah itu selepas helikopter mereka terhempas di bandar kecil, Khost.

Sebulan sebelum itu, enam lagi anggota tentera termasuk seorang komander tertinggi tentera terbunuh apabila helikopter mereka terhempas semasa operasi bantuan banjir di Balochistan. -AFP

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL