[VIDEO] Warga asing jual sayur di kaki lima di Seremban


[VIDEO] Warga asing jual sayur di kaki lima di Seremban

BACA seterusnya di: pakdin.my/167128

SEREMBAN – Peniaga warga asing yang dikesan menjual makanan basah dan sayur-sayuran di kaki lima di depan dua premis di Jalan Dato’ Bandar Tunggal di sini dikenakan tindakan sitaan oleh pihak berkuasa Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S.Veerapan berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan MBS antara pukul 8 hingga 9.15 malam semalam hasil aduan orang awam.

“Pasukan serbuan yang turut disertai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kesihatan telah memeriksa dua premis berkenaan yang diuruskan oleh warga asing.

“Siasatan mendapati premis berkenaan memiliki lesen perniagaan runcit dari pihak majlis (MBS) milik rakyat tempatan serta kedua-dua premis ada menjalankan aktiviti menjual barangan basah (sayuran) dan di letakkan di kaki lima premis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu tular rakaman video memaparkan beberapa warga asing berniaga sayur-sayuran di kaki lima premis di sekitar Seremban di sini.

https://youtu.be/lmHGP7ubtsU

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL