Saya mohon maaf dengan tulus hati – Ngeh Koo Ham


Saya mohon maaf dengan tulus hati – Ngeh Koo Ham

https://pakdin.my/174720

“Saya menarik balik cadangan saya dan memohon maaf dengan tulus hati,” kata Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya mengenai isu campur tangan dalam hal ehwal Islam.

Menurutnya, beliau tiada niat langsung untuk campur tangan dalam hal ehwal agama Islam.

“Saya merujuk kenyataan akhbar saya bertarikh 28 Disember di mana saya mencadangkan bukan muslim dan juga seorang ahli badan peguam yang merupakan pakar Perlembagaan dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang mengkaji bagaimana mengharmonikan undang-undang syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya menjangkakan proses ini akan melibatkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Cadangan saya adalah untuk memastikan bahawa semua pandangan diambil kira sebelum apa-apa cadangan pindaan di buat.

“Sehingga ia dijelaskan baru-baru ini, saya tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas tersebut sebenarnya telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,” katanya dalam kenyataan dikongsikan di Facebook DAP hari ini.

Terdahulu, Koo Ham dilaporkan mencadangkan supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitipkan pesanan kepada rakyat khususnya mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia.

Sultan Sharafuddin bertitah, bahawa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh baginda memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL