🎦 Gunung Marapi Singgalang di Sumatera Barat meletus


🎦 Gunung Marapi Singgalang di Sumatera Barat meletus

BACA di: https://pakdin.my/173958

TANAH DATAR, SUMBAR –  Gunung Marapi Singgalang yang terletak di Kabupaten Agam dan Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, meletus pada Ahad (3/12).

Gunung Merapi Singgalang meletus sekitar jam 14.55 WIB (15:55 Waktu Malaysia).

Gunung Marapi di barat Indonesia meletus hari ini dengan membebaskan abu tebal yang menjulang naik sehingga 3 kilometer di udara.

“Abu dari Gunung Marapi di pulau Sumatera menjulang naik 3,000 meter di atas puncaknya,” kata Ketua Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi Indonesia, Hendra Gunawan.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa selepas letusan.

“Letusan masih berlaku. Masyarakat sekitarnya dan pelancong tidak dibenarkan mendaki Gunung Marapi pada radius 3 kilometer dari kawah atau puncak,” kata Hendra.

Gunung berapi di wilayah Sumatera Barat dengan ketinggian 2,891 meter itu diletakkan pada tahap berjaga-jaga ketiga tertinggi dalam sistem empat langkah Indonesia.

Pihak berkuasa turut mengenakan zon pengecualian di sekitar kawah Marapi.

“Hujan abu sudah sampai ke bandar Bukittinggi,” kata pegawai di stesen pemantauan gunung tersebut, Ahmad Rifandi.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma