Salim Iskandar @ Parpu Kari ditahan polis


Salim Iskandar @ Parpu Kari ditahan polis

BACA seterusnya: https://pakdin.my/174294

Pempengaruh media sosial, Mohamad Salim Iskandar ditahan polis, di sini pada Khamis untuk siasatan mengenai hantarannya berkait dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penahanan itu disahkan Mohamad Salim di akaun rasmi X miliknya.

"Saya telah ditahan polis dan kini sedang dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

"Teruskan perjuangan rakyat Malaysia!" katanya pada Khamis.

Sementara itu, peguam bela yang mewakili Mohamad Salim, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, individu tersebut ditahan pada jam 11 malam (Khamis) dan dijangka direman pagi ini.

"Tangkapan dibuat atas keperluan siasatan merujuk laporan berkenaan ciapan di X berkaitan akuan bersumpah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

🎦 'Now And Then', lagu terakhir The Beatles

DUA MAUT NAHAS 14 KENDERAAN DEKAT LEMBAH BERINGIN

CINA MENGGUNAKAN UNDI MEREKA UNTUK MENGAJAR DAP PENGAJARAN