Liverpool cabar Real Madrid dapatkan Mbappe


Liverpool cabar Real Madrid dapatkan Mbappe

https://pakdin.my/174723

LONDON: Real Madrid berdepan cabaran getir dalam usaha mereka mendapatkan Kylian Mbappe pada Januari ini.

Los Blancos masih terus memburu untuk menandatangani kapten Perancis itu pada 2024 selepas dua tahun mengejar penyerang Paris Saint-Germain itu.

Bagaimanapun, menurut laporan Talksport, Liverpool turut memburu Mbappe dan dengan hubungan erat mereka dengannya menjadi faktor utama.

Jurgen Klopp juga mungkin menjadi faktor untuk menarik minat Mbappe ke Anfield tetapi menurut laporan Madrid kini mendahului mereka dalam rundingan dengan pemilik The Reds tidak yakin dengan pelaburan yang diperlukan untuk menandatangani Mbappe.​

Mbappe kelihatan bakal berpindah dari Paris dalam beberapa bulan akan datang biarpun mempunyai pilihan untuk lanjutan setahun lagi di PSG.

Kemas kini terbaru dari Madrid menunjukkan mereka akan berusaha menghubungi Mbappe pada awal tahun 2024 dan mereka mahukan jawapan daripadanya dalam masa dua minggu.

Mbappe akan ditawarkan gaji bersih €26 juta (RM131.84 juta) setahun di Madrid hampir dua kali ganda jumlah yang diterima oleh pemain lain dalam skuad Real Madrid, jumlah berkenaan turut ditambah dengan bonus pembelian €130 juta (RM659.25 juta).

Pemain antarabangsa Perancis itu yang menyertai PSG dari Monaco pada 2018 sebelum dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid sejak dua tahun lalu.

Mbappe menyatakan hasratnya untuk meninggalkan PSG dan percaya dia sudahpun bersetuju untuk menyertai Real Madrid secara percuma pada 2024.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL